Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis dedah punca pembunuhan kejam 8 sekeluarga di Krabi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis dedah punca pembunuhan kejam 8 sekeluarga di Krabi

Polis dedah punca pembunuhan kejam 8 sekeluarga di Krabi|POLIS Thailand berjaya menangkap semua suspek yang terbabit dalam kejadian pembunuhan kejam lapan sekeluarga di Krabi, minggu lalu.

Menurut polis, kumpulan tujuh lelaki berpakaian celoreng itu memasuki rumah Ketua Kampung Ban Klang, Vorayut Sanglang, di Krabi, Isnin lalu, sebelum menembak mati mangsa bersama tujuh anggota keluarganya, termasuk tiga kanak-kanak.

Tiga mangsa yang ditembak, termasuk seorang wanita, terselamat selepas berpura-pura mati walaupun cedera.

Ketua Polis Thailand, Chaktip Chaijinda berkata di Bangkok: “Tujuh orang (penjenayah) berada di tempat kejadian. Semuanya sudah ditangkap dan mengakui perbuatan mereka.”

Menurutnya, polis percaya kejadian berlaku akibat perbalahan mengenai tanah antara ketua kampung berkenaan dengan seorang ahli perniagaan tempatan dikenali sebagai ‘Bang Fad’ yang juga sudah ditahan.

Chaktip berkata, Bang Fad terbabit dalam pembunuhan itu manakala anggota lain dalam kumpulan berkenaan diupahnya dengan bayaran 1,000 baht (RM127) dan kemungkinan tidak tahu pembunuhan akan dilaksanakan.

Berikutan kumpulan itu berpakaian celoreng, khabar angin tersebar di media Thai bahawa pembunuh berkenaan anggota tentera namun semalam, Chaktip menegaskan mereka adalah lelaki tempatan, ada yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Pembunuhan kejam itu menjadi tajuk utama media di Thailand yang menimbulkan kemarahan orang ramai. – AFP

The post Polis dedah punca pembunuhan kejam 8 sekeluarga di Krabi appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2upHDfi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.