Remaja 14 tahun dirogol pakcik saudara ibu hingga hamil
Seorang lelaki berusia 54 tahun direman bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan anak angkatnya dalam kejadian Disember tahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Saifi Abd Hamid berkata, ketika kejadian, mangsa berusia 14 tahun itu ditinggalkan bersama suspek yang merupakan penjaganya sejak berusia sembilan tahun.
Menurutnya, akibat dirogol, pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di sini itu hamil dan usia kandungannya dianggarkan berusia enam bulan.
Katanya, ibu mangsa berusia 35 tahun yang kini menetap di Perak membuat laporan polis berhubung kejadian dan dia kini sedang berusaha mendapatkan hak penjagaan ke atas anaknya.
“Suspek juga difahamkan mempunyai pertalian dengannya iaitu pakcik saudara ibu mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Saifi berkata, suspek direman sehingga 1 Ogos ini bagi membantu siasatan.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Remaja 14 tahun dirogol pakcik saudara ibu hingga hamil
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uyJxJz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment