Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saifuddin Nasution sekeh KP SPRM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saifuddin Nasution sekeh KP SPRM

KP SPRM: Nak jadi ahli politik atau selebriti?
mk  -  16 Jul 2017, 11:55 malam
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution hari ini mempersoalkan sama ada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad ingin menjadi ahli politik atau selebriti.

Ini kerana, menurut Saifuddin, pendekatan yang dilakukan Dzulkifli berkaitan Ikrar Bebas Rasuah dilihat hanya untuk mendapat perhatian media.

Malah, Saifuddin turut mempersoalkan kritikan Dzulkifli sebelum ini terhadap Pulau Pinang dengan meminta beliau mengemukakan bukti yang menunjukkan dengan berikrar, isu rasuah dapat diselesaikan.

“Inisiatif angkat ikrar sahaja yg di buat Ketua Pesuruhjaya SPRM sekarang ini menunjukkan kedangkalan fikiran dan kurangnya kreativiti sedangkan SPRM sebelum ini mempunyai inisiatif pencegahan yang lebih sofistikated.

“Institut Integriti Malaysia (IIM) misalnya dilihat mempunyai inisiatif dan instrumen yang jauh lebih berkesan dalam konteks pemupukan dan pembudayaan integriti berbanding usaha Ketua Pesuruhjaya SPRM yang nampak gayanya seperti ahli politik atau selebriti yang tidak lebih hanya untuk mendapat perhatian daripada pihak media sahaja.

“Yang negara perlukan ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM yang efektif dan substantif bukannya seorang selebriti,” kata Saifuddin dalam kenyataannya.

Saifuddin yang juga penasihat strategik Ketua Menteri Pulau Pinang berkata lagi, masyarakat tidak berminat dengan ikrar yang dianggap sebagai ‘public relation exercise’.

Malah, beliau turut mempersoalkan mengapa Ikrar Integriti Korporat yang diperkenalkan sebelum ini dihentikan.

“Ikrar tanpa pengisiannya tidak ada maknanya. Lebih teruk lagi apabila ikrar itu mengecilkan skop kepada isu yang ingin ditangani.

“Mengapa menghentikan usaha Ikrar Integriti Korporat yang diperkenalkan Datuk Paul Low dan dilaksanakan Tan Sri Abu Kassim dan Datuk Sri Mustafar Ali dahulu?

“Ikrar Integriti Korporat dilihat lebih menyeluruh. Dengan 'follow up' pengisian kepada ikrar di mana agensi, badan yang membuat ikrar harus turut serta melaksanakan beberapa program seperti 'whistle blowing' dan lain-lain,” katanya lagi.

Justeru, Saifuddin bertanya lagi sama ada dengan mencadangkan revolusi Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) dan bermesra dengan rakyat serta berikrar dapat menyelesaikan masalah rasuah.


“Adakah dengan menangkap pesalah rasuah setiap minggu akan menyelesaikan masalah?

“Negara mana dalam dunia ini yang mampu membanteras rasuah dengan hanya berikrar?

“Tunjukkan kepada kita bukti-bukti dan dalil-dalil serta kitab mana yang beliau rujuk dan kita boleh pertimbangkan,” katanya lagi.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uu4w0v

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.