Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Memintas Intel Sebagai Pengeluar Cip Semikonduktor Terbesar Di Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Memintas Intel Sebagai Pengeluar Cip Semikonduktor Terbesar Di Dunia

Sesiapa yang membesar di dekad 90an, mereka pasti melihat iklan Intel yang memaparkan “angkasawan Intel” memegang wafer semikonduktur cip pemproses. Takhta Intel sebagai pengeluar cip semikonduktor terbesar di dunia selama 24 tahun kini diambil alih oleh Samsung. Ini didedahkan di dalam laporan kewangan suku ke-dua 2017 Samsung hari ini.

Perniagaan semikonduktor Samsung mencatatkan keuntungan KRW 8.03 Trillion (~RM 30.7 Billion) untuk suku ke-dua 2017. Ini adalah peningkatan melebihi 3kali ganda berbanding KRW 2.64 Trillion (~RM 10.1 Billion) pada suku yang sama tahun lalu. Intel hanya mencatatkan keuntungan sebanyak $3.8 Billion (~RM 16.3 Billion).

Keuntungan berlipat ganda Samsung ini adalah kerana permintaan yang tinggi terhadap cip pemproses (Exynos dan Snapdragon), DRAM, memori NAND Flash dan SSD yang dihasilkan oleh Samsung. Kesemuanya menggunakan teknologi cip semikonduktor. Intel pula mengalami masalah cip peranti mudah alih yang gagal mendapat sambutan dan permintaan terhadap pemproses komputer yang semakin berkurangan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vdtv9M

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.