Hi! Welcome Back and Stay Tune! Teh Ais Bangla Ke Ni? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Teh Ais Bangla Ke Ni?



PETALING JAYA: Melihatkan beberapa gambar yang tular di media sosial menunjukkan sebuah gerai dengan papan tanda 'Dhaka Teh Ais' membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai sama ada pengusaha atau pekerjanya dari Bangladesh.

“Budak-budak Bangla ke yang berniaga?” kata seorang netizen di Facebook.

“Teh ais dari Bangladesh, tu lah saya cakap kalau nak jual, jual yang tak ada lagi dalam Malaysia,” kata seorang lagi netizen.

Malah terdapat netizen menjelaskan mengikut Akta Imigresen bahawa warga asing tidak dibenarkan menjaja di negara ini.

Gambar yang tular turut menunjukkan ramai pelanggan sanggup beratur panjang di gerai ‘Dhaka Teh Ais’ di Kampung Delek di Klang, Selangor.

Bagaimanapun sangkaan netizen meleset kerana pengusaha teh ais ini sebenarnya adalah rakyat tempatan yang berasal dari Kuala Lumpur.

Muhd Izzat Syafiq Asaari, 28, berkata, Dhaka iaitu nama ibu negara Bangladesh diambil untuk minuman teh ais yang dijualnya kerana mengikut cara pembuatan teh di negara berkenaan.

Katanya, idea tersebut timbul selepas dia menyertai satu program usaha dakwah di Tongi, Bangladesh pada Januari lalu.

“Di sana saya berpeluang melihat peniaga tempatan mempunyai cara tersendiri menjual teh yang menjadikan air minumannya lebih pekat.

“Jadi, saya amalkan cara pembuatan mereka di sini, sebab itulah saya menamakannya sebagai ‘Dhaka Teh Ais',” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Muhd Izzat berkata, perbezaannya adalah dia menggunakan teh tempatan kerana jika mengimport teh dari negara itu dikhuatiri sukar untuk mendapatkan bekalan yang konsisten.

Tambahnya, penjual teh di Bangladesh menggunakan susu kambing tetapi harganya di sini agak mahal menyebabkan dia menggunakan susu pekat manis.

"Biar rasa air teh sedap dan pekat tetapi dijual pada harga berpatutan. Kaedah pembuatannya masih lagi mengikut cara penjual teh di Bangladesh,” katanya mengenai operasi setiap hari seawal pukul 11 pagi sehingga 7 malam.

Berkongsi resipi ‘Bangladesh’, katanya, air bancuhan teh perlu dimasak sehingga mendidih antara sejam sehingga dua jam bergantung kepada kuantiti.

“Kemudian air teh akan dipanaskan sekali lagi untuk dicampurkan dengan susu pekat sebelum memasukkan cincau dan ais,” katanya sambil menambah teh ais turut dijual tanpa cincau sebagai pilihan buat pelanggan.

Muhd Izzat berkata, perniagaan 'Dhaka Teh Ais' yang diusahakannya sejak awal bulan ini semakin berkembang sehingga tular di media sosial.

“Alhamdulillah, ramai pelanggan menyukai kepekatan dan manis 'Dhaka Teh Ais' ni. Dari dua balang saya jual pada hari pertama, sekarang perlu siapkan untuk lebih 30 balang,” katanya sambil menambah teh ais dijual pada harga antara RM3 sehingga RM5 - Mstar


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uDQMhY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.