Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Faktor Tarik Pengundi Muda Kembali Sokong BN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Faktor Tarik Pengundi Muda Kembali Sokong BN

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menggariskan lima faktor yang menyumbang kepada perubahan trend sokongan pengundi muda yang dilihati semakin menyebelahi Barisan Nasional (BN).

Salleh berkata faktor pertama ialah anak muda kini semakin yakin dengan pemerintahan BN, kerana pemimpinnya yang bersatu, melaksanakan projek kesejahteraan rakyat, merancang masa depan negara dan mampu menjamin kestabilan serta keselamatan negara.

Faktor kedua katanya ialah pakatan pembangkang selalu berpecah dan bekerjasama semata-mata kerana mahukan kuasa.

“Ketiga, anak muda bosan dengan isu-isu yang dibangkitkan pihak lawan kerana ia tidak relevan berbanding isu-isu yang dibawa BN. Isu BN ialah isu kesejahteraan rakyat, pembangunan dan keselamatan negara.

“Keempat, anak muda tidak boleh menerima politik cauvinis yang merenggangkan keharmonian hubungan kaum berbanding dengan BN yang berusaha kuat untuk membentuk bangsa Malaysia yang bersatu,” katanya dalam catatan di laman blognya hari ini.

Salleh berkata faktor kelima ialah anak muda tidak lagi berpegang kepada janji politik yang selalu ditaburkan pembangkang, sebaliknya menilai bagaimana parti-parti berkenaan menangani pelbagai isu.

“Lima faktor di atas mendorong kuat pengundi muda untuk bersama BN. Mereka yakin masa depan negara lebih terjamin jika BN terus memerintah Malaysia,” katanya.

Menurut Salleh, pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 (PRU-13), 41.98 peratus pengundi yang berumur antara 21 dan 40 tahun agak kritikal terhadap kerajaan BN.

Bagaimanapun katanya perubahan trend dapat dilihat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun 2016 apabila berlaku peningkatan sokongan pengundi muda kepada BN.

Katanya di PRK Sungai Besar, sokongan pengundi muda Cina adalah sebanyak 38 peratus iaitu peningkatan 23 peratus berbanding 15 peratus yang dicatatkan pada PRU-13, manakala sokongan pengundi muda Melayu meningkat 13 peratus kepada 78 peratus (65 peratus pada PRU-13).

“Hal yang sama juga berlaku di Kuala Kangsar iaitu berlaku peralihan sokongan pengundi muda sebanyak 18 peratus kepada calon BN, iaitu daripada 42 peratus dalam PRU 2013 kepada 60 peratus dalam PRK 2016,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xb8iuV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.