Ibu Baru Habis Pantang Positif Dadah
Wanita baru habis pantang ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di rumahnya di Kampung Naga Lilit, Kulim dalam serbuan Ops Perdana awal pagi hari ini.
Wanita berusia 23 tahun yang mempunyai tiga anak perempuan termasuk bayi berusia 45 hari didapati positif dadah jenis morfin dan ditahan 7.15 pagi
Penolong Pengarah Penguatkuasa AADK Kedah, Mohamad Zaki Farkhi Ahmad berkata, turut ditahan suami wanita itu yang berusia 30-an yang positif dadah jenis syabu dan morfin namun diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, pihaknya hanya menahan wanita itu dan ketika serbuan dilakukan dia berada bersama suami dan dua anaknya manakala anak sulungnya yang berusia empat tahun berada dalam jagaan adiknya.
"Wanita itu adalah antara penagih dadah yang ditahan pada hari terakhir Op Perdana hari ini dan sepanjang tiga hari kita berjaya menahan seramai 163 penagih.
"Operasi ini akan diteruskan secara berkala hingga Disember depan untuk menangani masalah yang berkaitan penagihan dadah yang meningkat di negeri ini," katanya pada sidang media di pejabat AADK Kubang Pasu, hari ini.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wmUwI2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment