Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aksi camera man bersungguh berlari dapatkan shot terbaik Speedy Jantan cuit hati penonton - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aksi camera man bersungguh berlari dapatkan shot terbaik Speedy Jantan cuit hati penonton

Acara 100 meter lelaki yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia telah berlangsung malam tadi, yang mana Khairul Hafiz Jantan telah memenangi acara 100 meter lelaki itu dengan menyumbangkan satu lagi pingat emas.

Dengan catatan masa, 10.38s, Khairul Hafiz mengalahkan dua lagi pesaing, dengan pingat perak dimenangi oleh Eric Cray dari Filipina, dengan catatan 10.43s. Manakala, peserta dari Thailand, Kritsada Namsuwun, pingat gangsa mencatatkan 10.43s.

Dalam meraikan kemenangan tersebut, netizen turut terhibur dengan gelagat salah sorang jurugambar yang mana dilihat mencuit hati.

Menerusi perkongsian dari Syahril A. Kadir, ini adalah antara cabaran yang jurufoto sukan perlu lalui dalam melaksanakan tugas.

‘SPEEDY JANTAN’ DAN CABARAN JURUFOTO SUKAN

Rasanya ramai yang dah tengok bagaimana Khairul Hafiz Jantan menjadi manusia terpantas Asia Tenggara setelah memenangi 100 meter pecut di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Namun antara paling banyak dibualkan netizen selain kemenangan itu, adalah aksi para jurufoto yang terpaksa mengejar kelibat Khairul Hafiz dalam usaha untuk mendapatkan ‘shot’ yang terbaik.

Tumpuan sudah tentu pada ‘abang baju hijau’ . Dia kelihatan bersungguh-sungguh berlari mendapatkan Khairul Hafiz, malah satu ketika aksinya ‘mengalahkan’ atlit tersebut hingga mencuit hati para penonton di stadium, rumah dan para netizen.

Menariknya, ‘abam baju hijau’ itu masih boleh tersengih-sengih setiap kali mengejar kelibat Khairul Hafiz walaupun terpaksa mengusung kamera dan pada masa yang sama memikirkan sudut terbaik untuk merakamkan aksi pelari pecut berkenaan.

Inilah antara cabaran menjadi seorang jurufoto sukan. Nampak macam senang, namun mereka menggalas tanggungjawab yang besar dalam menghasilkan ‘karya seni’ mereka. Apatah lagi bila berhadapan dengan big bos di pejabat yang mendambakan foto yang terbaik untuk disajikan pada pembaca di luar sana.

Sebagai wartawan, aku faham benar ‘beban’ yang ditanggung puluhan jurufoto di stadium malam tadi.

Jurufoto sukan secara zahirnya nampak macam tak ada beza dengan jurufoto-jurufoto lain tetapi hakikatnya mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran tersendiri yang ramai orang di luar sana tak tahu.

Dalam acara sukan, si atlit akan bergerak ke sana ke sini. Selain sewaktu beraksi, mereka juga akan ‘ke hulu ke hilir’ kalau menang untuk meraikan kemenangan mereka. Kalau jurufoto tersebut ‘salah teknik’ dalam mengendalikan kamera, gambar yang terhasil akan menjadi kabur dan tidak jelas.

‘Timing’ pun sangat penting. Jurufoto yang berpengalaman selalunya tahu bilakah saat terbaik untuk merakamkan detik-detik terbaik atau detik bersejarah sesuatu acara. Kalau takde atau kurang pengalaman, mereka selalunya akan terlepas aksi-aksi menarik sesuatu perlawanan itu.

Itu belum kira faktor cuaca…panas terik…hujan ribut…angin kencang dan sebagainya.

Itu yang aku baca dan apa yang para sahabat jurufoto aku bagitahulah. Aku rasa cabaran tu panjang berjela kalau nak cerita satu persatu di sini.

Apapun aku nak bagitahu, tugas jurufoto bukan mudah. Mereka juga bukan warga ‘second class’ dalam dunia media. Malah sekarang ini majoriti jurufoto terutama yang berkhidmat di majalah dan suratkhabar mempunyai ijazah dalam bidang fotografi, bukan jurufoto tangkap muat ok.

Malah tak kurang juga yang ada ijazah dalam bidang profesional seperti senibina dan ijazah undang-undang.

Kepada ‘abang baju hijau’ malam tadi, walaupun ada yang ketawa, ada yang tersengih dan ada yang kutuk melihat aksi anda, percayalah, anda telah membuka mata ramai orang mengenai tugas dan pahit getir seorang jurufoto sukan.

Gua salute dengan anak Pak Jantan, tetapi pada masa yang sama gua juga salute dengan lu – lu memang ‘jantan’ habis bro!

nota: Aku difahamkan ‘abang baju hijau’ itu adalah saudara Iskandar dari agensi berita BERNAMA.

#thespeedyjantan #jurufotosukan #seagames2017

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2veuC57

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.