Hi! Welcome Back and Stay Tune! RCI - Dr. M menyindir: “Demikianlah sayangnya isteri sehingga sanggup curi" - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RCI - Dr. M menyindir: “Demikianlah sayangnya isteri sehingga sanggup curi"

Dr M: Tak perlu RCI 1MDB, apa salahnya sayang isteri
mk   -   Hari ini, 5:14 petang
Berdepan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) kerugian Bank Negara dan kemungkinan RCI Memali, Tun Dr Mahathir Mohamad membalas dengan 'serangan sinis' terhadap kerajaan dan perdana menteri.

Mahathir 'meminta' kerajaan tidak menubuhkan RCI bagi menyiasat isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Kata Mahathir lagi, begitu juga dengan isu hutang kerajaan, urus niaga merugikan stesen jana kuasa, penajaan filem The Wolf of Wall Street dan pembelian harta tanah luar negara yang didakwa menggunakan wang 1MDB.

“Ini semua bukan jenayah,” kata bekas perdana menteri keempat itu.

Selain itu, ditujukan langsung kepada Datuk Seri Najib Razak, Mahathir juga bertanya apa salahnya sayang isteri.
“Pembelian berlian merah jambu untuk isteri dengan harga 120 juta ringgit hanyalah kerana sayang isteri. Salahkah sayang isteri.

“Demikianlah sayangnya isteri sehingga sanggup curi untuk menunjuk kesayangan yang tidak terhingga ini.

“Ya, RCI tidak perlu untuk semua ini.

"Bukanlah AG telah sahkan ia semua halal,” katanya merujuk kepada saman terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan aset dikaitkan dengan 1MDB.

Dalam saman sivil pelucuthakan pada 16 Jun, DOJ berkata sekurang-kurangnya AS$27.3 juta digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri Malaysian Official 1.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wnfSF5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.