Hi! Welcome Back and Stay Tune! UK Degil Mahu Rundingan Hubungan Di Masa Hadapan Bersama EU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UK Degil Mahu Rundingan Hubungan Di Masa Hadapan Bersama EU

Michael Barnier, ketua perunding Brexit untuk Kesatuan Eropah berkata pada Selasa pendirian Brussels “pada hari pertama rundingan” adalah jelas dan telah menggariskan sembilan pendirian yang telah dikeluarkan oleh ketua-ketua negara Zon Eropah.

Komen ini dibuat selepas, David Davis ketua perunding UK menggesa unttuk mempercepatkan rundingan dan bersetuju dengan hubungan dagangan di masa hadapan walaupun terma Brexit belum ditentukan.

“Saya percaya rundingan awal telah menunjukkan banyak persoalan keluarnya UK dari EU adalah mustahil untuk tidak mengaitkannya dengan hubungan di masa hadapan.”

“Kedua-dua pihak perlu mempercepatkan rundingan hubungan di masa hadapan tanpa penangguhan.”

Namun, Barnier di dalam Twitternya seperti menunjukkan bantahan dengan beberapa siri komennya termasuk: “Rundingan pusingan ketiga bersama UK akan bermula minggu depan. Fokus adalah kepada keluarnya UK dari EU. Pendirian EU jelas dan terang sejak rundingan hari pertama lagi.”

Beliau juga memberi komen: “Hak kerakyatan: hak kesaksamaan dan perlindungan di bawah undang-undang EU kepada rakyat EU dan UK seperti sekarang.

“Pembayaran kewangan: EU/UK patut menghormati obligasi kewangan masing-masing.

Secara keseluruhan, dari komen yang dilontarkan oleh kedua pihak semalam tidak menunjukkan sebarang perubahan dari segi pendirian EU. Kesatuan Eropah tetap bertegas dengan tuntutan mereka, di mana UK masih berdegil mahu merundingkan hubungan dagangan lebih awal.

Dengan pendirian Michael Barnier yang tetap bertegas semalam, ini menunjukkan sentimen terhadap Brexit kekal negatif dengan tiada berita positif yang baru kepada UK.

The post UK Degil Mahu Rundingan Hubungan Di Masa Hadapan Bersama EU appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xbZpRt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.