Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy Note 8 Dilancarkan – Dilengkapi Dwi-Kamera, S-Pen Dan Skrin “Infinity Display” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy Note 8 Dilancarkan – Dilengkapi Dwi-Kamera, S-Pen Dan Skrin “Infinity Display”

Samsung hari ini akhirnya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dibawah keluarga Galaxy Note, iaitu Galaxy Note 8. Keluarga peranti yang mempopularkan phablet ini hadir dengan rekaan skrin 6.3-inci menggunakan panel paparan penuh Infinity Display – lebih kurang sama seperti pada Galaxy S8, tetapi kini ia turut menyertakan ruangan untuk S-Pen pada bahagian bawah.

Samsung Galaxy Note 8

Galaxy Note 8 hadir dengan cip Exynos 8895, memori sehingga 6GB RAM, dilengkapi storan sehingga 256GB, dan bateri berkapasiti 3300mAh dengan sokongan pengecasan pantas. Samsung Galaxy Note 8 turut menjadi telefon pintar pertama Samsung dengan penggunaan dwi-kamera. Samsung menggunakan gabungan kamera 12MP+12MP yang menawarkan ciri seperti zoom optikal, serta kebolehan merakamkan gambar dengan kaburkan bahagian latar belakang. Untuk kamera hadapan pula, Samsung menyertakan kamera 8-megapixel. Samsung turut meletakkan pengimbas cap jari bersebelahan dengan lensa kamera di belakang.

Selain daripada hanya spesifikasi, pihak Samsung turut menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik dari segi perisian. Antaranya adalah termasuk sokongan kecerdasan buatan Bixby, Live Message yang memudahkan anda menghasilkan lakaran GIF menggunakan S-Pen, dan kebolehan merakamkan gambar melalui Live Focus. Pada bahagian kamera juga, Samsung membawakan sokongan zoom dua kali melalui penggunaan dwi-kamera. Samsung turut mengatakan yang mana siri Note ini ditujukan kepada power-user, selain yang ingin melakukan multi-tugasan dengan mudah pada telefon pintar mereka.

Sedang dikemaskini…



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wEG2CW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.