Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zahid Masih Deejay Tapi Di Raku - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zahid Masih Deejay Tapi Di Raku

PENGLIBATAN penyanyi Zahid sebagai penyampai radio di Era FM selama empat tahun sebenarnya meninggalkan kesan mendalam terhadap pengikut setianya.

Mana tidaknya kata Zahid, walaupun sudah dua tahun tidak ke udara ramai masih menyangka dia bekerja dengan stesen itu.

Malah jika dia terserempak dengan peminat mereka masih memanggilnya dengan nama Zahid Era.
“Harus saya akui empat tahun berkhidmat dengan Era memang meninggalkan kesan mendalam kepada karier seni saya dan walaupun sudah dua tahun tidak bersama stesen itu ramai masih ingat saya bekerja lagi.

“Tetapi saya tidak kisah pun apabila ada orang panggil saya Zahid Era kerana kerjaya penyampai radio telah mengangkat nama saya ke tahap berbeza dalam bidang seni,” katanya.

Dalam pada itu, Zahid berkata, bagi mengubati kerinduaannya bekerja sebagai penyampai radio, dia sudah enam bulan ke udara menerusi siaran radio internet aplikasi Raku.

Bagaimanapun kata bekas juara Akademi Fantasia musim kedua ini, dia ada menyimpan hasrat untuk kembali bertugas sebagai penyampai radio di stesen radio utama sekiranya diberi tawaran.

“Ramai tak tahu saya sebenarnya kembali ke radio tetapi menerusi aplikasi Raku dan Alhamdulillah sudah enam bulan saya bertugas.

“Alhamdulillah ia sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduaan peminat dan sambutan juga amat mengalakkan.

“Tetapi saya ada juga simpan hasrat kembali ke radio FM dan apa salahnya jika ada tawaran dan paling penting ‘pengerasnya’ (bayaran) juga menarik… hahaha,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zahid berkata, dia kini sedang giat mempromosikan single terbaharunya yang berjudul Lupakan.

The post Zahid Masih Deejay Tapi Di Raku appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g5bSCC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.