Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apa hal Musa Hitam terbalik kuang pulakni.......bukankah penubuhan RCI itu kerana politik? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apa hal Musa Hitam terbalik kuang pulakni.......bukankah penubuhan RCI itu kerana politik?

* Kalau tidak keranac politik, kenapa sekarang bila UMNO berperang dengan Mahathir baru nak tubuhkan RCI itu dan ini.

RCI Memali: Musa Hitam cadang selepas PRU14, elak politik pancing undi
Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani |  Diterbitkan pada Ogos 23, 2017 13:52 MYT
MUSA: Demi mengelak peristiwa Memali disalahgunakan untuk kepentingan politik dan memancing undi, lebih bijak dan lebih menepati tujuan, penubuhan prosiding Suruhanjaya ini ditangguhkan sehingga selesai PRU14. Gambar fail

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat tragedi berdarah Memali yang berlaku pada 1985 seharusnya dibuat selepas pilihan raya umum akan datang (PRU14), gesa bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri pada waktu itu menegaskan, cadangan itu bagi memastikan ia tidak disalah guna untuk kepentingan politik dan memancing undi.

"Perkara yang perlu diteliti ialah mengenai kesesuaian masa penubuhan dan prosiding yang dijalankan supaya objektif penubuhannya bukan untuk memenuhi agenda politik sempit jangka pendek hingga mengorbankan kebenaran dan tergelincir daripada matlamat mahu mencari kebenaran secara hakiki.

"Demi mengelak peristiwa Memali disalahgunakan untuk kepentingan politik dan memancing undi, adalah lebih bijak dan lebih menepati tujuan, penubuhan prosiding Suruhanjaya ini ditangguhkan sehingga selesai PRU ke-14," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau yakin, mana-mana pihak yang serius dan jujur serta mahu mengetahui latar belakang dan kejadian sebenar Peristiwa Memali, akan bersetuju supaya penubuhan dan prosiding RCI ditangguhkan sehingga selesai PRU14.

Mengulas lanjut, Musa berkata, suasana politik negara yang tenang dan tenteram akan dapat menghindarkan serta mengelakkan daripada berlaku apa juga niat serong mana-mana pihak untuk memperalatkan dan melakukan eksploitasi politik terhadap tragedi berkenaan.

Katanya, beliau tidak nampak rasional dan kebijaksanaan untuk menubuhkan RCI itu secara terburu-buru pada masa ini memandangkan isu itu telah berlaku hampir 32 tahun lalu.

Tambahan pula, katanya, Kertas Putih mengenai peristiwa Memali pernah diedarkan di Parlimen tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil untuk mencari kebenaran.

Beliau pada masa sama menginsafi peristiwa Memali sebagai satu titik hitam negara sekaligus mahu siasatan itu dilaksanakan dalam keadaan tenang, berfokus, selain tanpa prejudis dan pilih kasih.

Musa yang memegang portfolio sebagai Menteri Dalam Negeri pada masa itu menandatangani kertas putih Peristiwa Memali yang dikemukakan ke Parlimen bertarikh 25 Februari, 1986.

Tiga tahun lalu beliau mendedahkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ada di dalam negara semasa kejadian tersebut dan memohon bekas perdana menteri itu menangguhkan lawatannya ke China, tetapi Dr Mahathir enggan dan meminta beliau menguruskan isu Memali.

Dr Mahathir dalam reaksinya sebelum ini berkata, beliau tidak ingat apakah bekas timbalannya itu ada menasihatinya supaya menangguhkan lawatan kerja ke China susulan insiden Memali.

Sejarah Memali lebih tiga dekad itu muncul semula selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa kekecohan semasa forum "Nothing to Hide 2.0" baru-baru ini tercetus kerana jawapan Dr Mahathir berkenaan peristiwa Memali tidak memuaskan hati hadirin.

Susulan itu, pemimpin kanan PAS itu mengulangi desakan supaya kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyemak semula peristiwa 32 tahun lalu itu dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan kerajaan untuk berbuat demikian sekiranya ada permintaan.

Dua bekas ketua polis negara, Tun Mohammed Hanif Omar dan Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor bagaimanapun mempersoalkan kewajaran membuka semula siasatan yang sudah selesai.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wnghqS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.