Abang Sado Hong Kong Maut Jatuh Bangunan
JURULATIH kecergasan Hong Kong maut selepas terjatuh ketika berdiri di rel tebing tingkat 12 bangunan komersial untuk mengambil gambar dua lagi rakannya pada pagi Khamis.
Kejadian itu berlaku di Bangunan Li Dong di Jalan Li Yuen.
Will Kong Wai, 25 sedang berdiri di rel untuk mendapatkan posisi terbaik bagi sesi fotografi sebelum terjatuh pada kira-kira pukul 9 pagi.
Beliau membantu rakannya yang juga jurugambar berusia 38 tahun untuk merakamkan gambar dua lagi kenalannya yang juga jurulatih kecergasan yang berusia 27 dan wanita Hong Kong berusia 25 tahun.
"Kami percaya mangsa hilang imbangan dan secara tidak sengaja terjatuh dari bangunan itu," kata sumber.
Mangsa terjatuh pada podium tingkat empat bangunan itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati tiada yang mencurigakan.
Difahamkan Kong Wai bertugas sebagai jurulatih bebas di sebuah pusat kecergasan di bangunan sama sejak kurang dua bulan lalu.
Menurut Facebooknya, Kong Wai mendapat tempat kedua dalam pertandingan Fizikal Lelaki Amatur Olimpik Hong Kong 2016.- South China Morning Post
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vNIyo7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment