Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tahukah Anda No Plat Apakah Yang Paling Mahal Di Dunia? Baca Di Sini! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tahukah Anda No Plat Apakah Yang Paling Mahal Di Dunia? Baca Di Sini!

Baru-baru ini Malaysia dihangatkan dengan hasil jualan siri nombor plat kenderaan “RR” oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis dengan rekod kutipan mencecah RM12.2 juta sejak bidaan dibuka 5 hingga 19 Jun yang lalu.

Hasil bidaan R2 hingga R10 sahaja telah mencecah RM 2.7 juta. Nombor pendaftaran R1 tidak dibuka untuk bidaan kerana merupakan nombor plat khas buat Raja Perlis.

Antara mereka yang memenangi bidaan adalah Yang di-Pertuan Agong iaitu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Baginda berjaya membawa pulang dua nombor plat “RR6” dan “RR9” dengan jumlah RM856,780.

# Pemegang No. Plat Termahal Di Malaysia

Anda pasti terkejut dengan nilai bidaan Sultan Kelantan di atas. Tapi untuk pengetahun anda pemilik no plat termahal di Malaysia adalah Sultan Johor.  Baginda berjaya membida no. plat “V1” (Kuala Lumpur) pada Ogos 2016 dengan nilai bidaan RM 989,780. Tahun yang sama baginda juga berjaya mendapatkan no. pendaftaran “F1” (Putrajaya) dengan nilai RM 836,660.

# Mahalnya RM 1 juta untuk No Plat!

Tidak bagi mereka yang mempunyai wang dan minat. Walaupun harga bidaan no. pendaftaran kenderaan di Malaysia hampir mencecah RM 1 juta, masih tidak boleh melawan harga bidaan no plat kenderaan dari negara lain.

Jom kita lihat lima bidaan no. plat kenderaan paling mahal di dunia:

5. Afzal Khan, United Kingdom (2008)

No plat: F1
Harga : RM 2.44 juta (£ 440,625)

4. John Collins, United Kingdom (2014)

No plat: 25 O
Harga : RM 2.87 juta (£ 518,480)

3. Talal Ali Mohmmad Khouri, UAE (2007)

No plat : 5
Harga : RM 29.44 juta ($25.2 juta dirham)

2. Balwinder Sahani , UAE (2016)

No plat : D5
Harga : RM38.60 juta ($33 juta dirham)

1. Saeed Abdul Ghaffar Khouri, UAE (2008)

No plat : 1
Harga : RM61.05 juta ($52.2 juta dirham)

 

 

The post Tahukah Anda No Plat Apakah Yang Paling Mahal Di Dunia? Baca Di Sini! appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fRrzgq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.