Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siapakah ‘si panjang’ 186cm ini? Gelagatnya robek gol lawan jadikan beliau ayam tambatan bola jaring Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siapakah ‘si panjang’ 186cm ini? Gelagatnya robek gol lawan jadikan beliau ayam tambatan bola jaring Malaysia

Siapakah 'si panjang' 186cm ini? Gelagatnya robek gol lawan jadikan beliau ayam tambatan bola jaring Malaysia

Siapakah ‘si panjang’ 186cm ini? Gelagatnya robek gol lawan jadikan beliau ayam tambatan bola jaring Malaysia

Jika dilihat dari susuk tubuhnya, pasti ramai tidak menyangka bahawa ketinggian gadis ini mencecah sehingga 186cm.

Ketinggian yang dimiliki oleh Norashikin Kamalzaman ini menjadi kelebihan dan kekuatan buat dirinya selaku pemain bola yang beraksi berdepan dengan Brunei, Selasa lalu.

Norashikin merupakan penjaring utama dalam pasukan bola jaring negara yang diberi peluang untuk beraksi sepenuh masa sewaktu perlawanan Selasa lalu dan membawa kejayaan kepada pasukannya.

Gadis tinggi lampai yang berusia 23 tahun ini berasal daripada Temerloh, Pahang dan mula melibatkan diri dalam sukan bola jaring sejak tahun 2005 di peringkat sekolah sebelum diberi tawaran untuk menjadi pelajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) pada tahun 2007 hingga 2011.

Sejak 2008, setelah dipilih untuk mewakili negara, Norashikin menyimpan hasrat untuk menjadi penjaring terbaik. Oleh itu, Norashikin menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya dengan sebaik mungkin dalam menempuhi cabaran sengit dari pihak lawan.

Sewaktu Sukan SEA 2015, Norashikin telah menjadi tumpuan dengan tubuhnya yang tinggi. Malah setiap pemain lawan pasti akan mengalami kesukaran berdepan dengannya berikutan dengan ketinggian yang dimilikinya.

Tiga perlawanan setakat ini, penjaring berbisa ini telah menjaringkan 80 gol secara keseluruhan dan berazam untuk menggandakan lagi jaringan sehingga ke aksi final.

 

Selain Norashikin, terdapat beberapa pemain lain yang menjadi watak penting pasukan seperti An Najwa Azizan, Shandralelka Shanmugam, Izyan Syazana Mohd Wazir dan ramai lagi.

Jadi, hadirlah beramai-ramai saksikan pasukan bola jaring negara beraksi jam 3 petang ini 18/8/2017 di Stadium Juara, Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil, Malaysia menentang Filipina.

Sorotan Penuh pusingan awal Malaysia vs Singapura : MAS 50-37 SGP

MAS 50-37 SGP | Sorotan Penuh | Bola Jaring | Pusingan Awal | …

MAS 50-37 SGP | Sorotan Penuh | Bola Jaring | Pusingan Awal | KL 2017

Posted by Astro Arena on 16hb Ogos 2017

Sumber: SK



Sumber Siapakah ‘si panjang’ 186cm ini? Gelagatnya robek gol lawan jadikan beliau ayam tambatan bola jaring Malaysia

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wVIBy1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.