Budak 6 Tahun Dipaksa Makan Najis, Kemaluan Dicurah Sambal, Badan Diseterika..
Budak 6 tahun dipaksa makan najis,kemaluan dicurah sambal,badan diseterika|Kemaluan di curah sambal,diberi makan najis, di paksa tidur di bagian stor rumah,dipukul setiap hari menggunakan rotan,disimbah air panas selain badan diseterika akibat kesalahan kecil.
Itulah azab yang diterima oleh budak perempuan berusia enam tahun sepanjang 8 bulan hidup bersama ibu angkatnya.
“Sya tidak sangka dia saudara terdekat sanggup memperlakukan anak saya seperti binatang,kalau saya tahu hendak jadi begini saya tidak akan serahkan anak saya menjadi anak angkat.\”luah Umi Hamzah 35 ibu kandung mangsa.
Antara dakwaan kekejaman berkenan termasuk kemaluan dicurah sambal cili didedahkan mangsa pada jumaat lalu.
Selepas itu dia mengambil keputusan untuk menjaga mangsa semula selepas dijaga wanita berusia 29 tahun berkenan selama 8 buan.
Umi berkata dia mendapati anaknya dalam keadaan lemah selain kepalanya di botakkan.
Katanya,anak bongsunya itu memakluman dia sering dirotan dan disimbah air panas malah kemaluannya di curah sambal hanya kesalahan kecil.
“Saya tanya anak saya apa yang wanita itu lakukan,mendengar pengakuannya saya seperti tidak percaya dan saya menitiskan air mata apabila membayangkan penderitaan dan penyeksaan yang di tanggung anak saya itu”
“Memang susah hendak percaya kerana hubungan kami baik,saya dan suami tidak mempunyai masalah,tergamak dia memperlakukan anak saya sedemikian”kata umi.
Lebih menyedihkan umi,apabila anak itu memberitahu dipaksa makan najis serta tidur dalam stor dan menimbulkan kemarahannya.
“Saya menghubungi wanita itu untuk mendapat kepastian,saya diberitahu kecederaan anak saya itu disebabkan kenakalan hingga sering terjatuh,saya tidak dapat terima alasan itu sebelum membuat laporan polis di balai polis jaya gading “.katanya lagi.
Menurut umi lagi pada Aidilfitri lalu,dia ada menemui kesan lebam pada badan anaknya itu tapi tidak mengesyaki sesuatu yang buruk.
Ini kerana wanita itu menjelaskan segala kecederaan berkenan disebabkan anaknya sering jatuh ketika bermain.
Sementara itu,ketua polis daerah kuantan Asisten komisioner Abdul aziz salleh ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadina dan menerima laporan yang dibuat keluarga mangsa.
Beliau berkata kes disiasat mengikut seksyen 31(1) (a) akta kanak-kanak dan pihaknya kini masih menjalankan siasatan lanjut termasuk membawa mangsa menjalani pemeriksaan perubatan sebelum tindakan menahan suspek diambil.
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vOi8CB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment