Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peplum Jalur Gemilang dikecam, ini penjelasan perekanya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peplum Jalur Gemilang dikecam, ini penjelasan perekanya

PETALING JAYA: Kepetahan seorang kanak-kanak berpidato sambil menggayakan baju peplum Jalur Gemilang tular di media sosial hingga mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

 

Peplum Jalur Gemilang dikecam, ini penjelasan perekanya

Peplum Jalur Gemilang dikecam, ini penjelasan perekanya

 

 

Gaya pertuturan si cilik bernama Mia itu bersemangat melaungkan ungkapan tentang erti kemerdekaan dengan tema 1Malaysia itu bukan sahaja mencuit hati netizen malah dikatakan turut mengembalikan nostalgia kemerdekaan zaman-kanak-kanak mereka.

Antara komen netizen terhadap persembahan Mia.

 

Namun, ada juga netizen yang mempertikaikan tindakan ibu bapa yang membenarkan anak-anak memakai pakaian yang diperbuat daripada bendera Malaysia.

Pereka baju kanak-kanak itu tampil menjelaskan situasi tersebut kepada mStar Online .

Mona Sunni, 33, berkata, dia mengakui tidak mengetahui tentang larangan tersebut sebelum ini kerana niatnya hanyalah untuk membangkitkan semangat kanak-kanak bagi meraikan Hari Kebangsaan dengan mengenakan pakaian Jalur Gemilang.

“Saya ada dapatkan pandangan rakan-rakan yang turut berminat menjahit, mereka terangkan bahawa tindakan ini tidak salah.

“Cuma ia hanya boleh dipakai sempena sambutan tertentu dan untuk tempoh masa terhad sahaja,” katanya.

Menurut laman web rasmi Jabatan Penerangan Malaysia: “Penggunaan bendera dalam bentuk pelbagai seperti pakaian dan sebagainya perlu dielakkan kecuali semasa sambutan Bulan Kemerdekaan dan jangka masa penggunaannya adalah terhad.”

“Tidak boleh menggunakan bendera dalam perkara yang ditafsirkan sebagai merendahkan martabat Jalur Gemilang seperti alas meja, kain tudung, payung, songkok, topi, tuala mandi, alas kusyen dan sebagainya,” menurut kenyataan yang ditulis pada modul Bendera Kita Jalur Gemilang.

Mona menghasilkan pakaian Jalur Gemilang mengikut kehendak pelanggan ciliknya.

Setelah kisah itu tular, Mona mula menerima tempahan daripada orang awam untuk menghasilkan baju Jalur Gemilang buat anak-anak mereka sempena sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah masing-masing.

Kata ibu kepada empat cahaya mata itu, minat menghasilkan pakaian patriotik itu timbul selepas anaknya meminta dia menyediakan baju yang boleh digayakan sewaktu pertunjukan fesyen bulan kemerdekaan di sekolah.

“Anak saya memang suka persembahan fesyen, jadi dia pujuk saya untuk hasilkan baju Jalur Gemilang.

“Tak sangka dia menang pula tahun lalu dan ibu bapa lain turut meminta saya menjahit baju untuk anak mereka,” jelasnya.

Sumber: Mstar



Sumber Peplum Jalur Gemilang dikecam, ini penjelasan perekanya

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vIujlN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.