Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki cacat ini habiskan masa 3 tahun korek bukit untuk buat jalan lepas diketawakan kerana nak beli skuter dan minta bantuan tak kunjung tiba - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki cacat ini habiskan masa 3 tahun korek bukit untuk buat jalan lepas diketawakan kerana nak beli skuter dan minta bantuan tak kunjung tiba

Lelaki cacat ini habiskan masa 3 tahun korek bukit untuk buat jalan lepas diketawakan kerana nak beli skuter dan minta bantuan tak kunjung tiba

Lelaki cacat ini habiskan masa 3 tahun korek bukit untuk buat jalan lepas diketawakan kerana nak beli skuter dan minta bantuan tak kunjung tiba

Jika anda pernah menonton filem kisah benar mengenai Dashrath Manjh, seorang lelaki yang mengorek bukit selama 22 tahun untuk membuat jalan kepada kampungnya, anda juga mungkin akan teruja dengan kisah Melethuveettil Sasi yang membuat benda yang sama.

Sasi – yang sama sekali tidak mengenal Dashrath Manjh – berjaya mengorek bukit di hapapan rumah beliau seterusnya menghasilkan jalan sejauh 200 meter.

Lelaki dari wilayah Thiruvananthapuram itu mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkan kerjanya itu dan hasilnya, keluarga beliau serta lima lagi orang kampung lain boleh melalui jalan lurus untuk berhubung dengan dunia luar.

Sasi yang juga bekerja sebagai pemanjat pokok kelapa sejak berusia 15 tahun berkata: “Selain dari kerja itu, saya ambil apa jua kerja yang saya boleh buat. Itu cara bagaimana saya dapatkan duit untuk membeli tanah dan bina rumah kecil ini.” kata Sasi sambil menunjuk kearah rumahnya.

Rumah Sasi sempurna, tetapi terdapat satu bukit dihadapan yang menyebabkan dia terpaksa menghadapi jalan berbukit dan berpusing-pusing untuk bekerja.

Pada mulanya Sasi tidak kisah dengan keadaan itu sehinggalah berlaku satu tragedi 18 tahun lalu apabila dia terjatuh dari pokok.

“Saya sangat pandai memanjat pokok, tapi hari tu, entah bagaimana saya tergelincir. Sebelah badan saya lumpuh. Kaki dan tangan saya patah. Saya habiskan masa berbulan-bulan terlantar dan tak mampu bergerak,” cerita Sasi.

Disebabkan tragedi itu, dua anak lelaki Sasi terpaksa berhenti belajar dan mula bekerja. “Bertahun-tahun lamanya baru saya boleh berdiri. Tapi saya masih mahu berjalan. Jadi, saya belajar perlahan-lahan.”

Beberapa tahun lalu, Sasi mendapat idea untuk membeli skuter tiga roda supaya dia boleh bekerja bagi menyara kelaurga. “Saya berharap untuk mmbeli sebuah skuter supaya saya boleh bekerja semula. Saya meminjam wang dari ketua  kampung untuk membelinya.”

Namun, apabila Sasi pergi ke pejabat ketua kampung untuk meminta bantuan, ada pegawai yang mengetawakannya dan bertanya bagaimana dia nak terbangkan skuter itu supaya dapat lepasi halangan bukit di hadapan rumahnya itu.

“Selama hampir 10 tahun, saya ketuk semua pintu (pihak berwajib) untuk meminta mereka membina satu jalan ke rumah saya. Namun tiada yang membantu,” kata Sasi.

Sehingga pada 2013, Sasi akhirnya mengangkat beliung dan mengorek sendiri jalan untuk menghubungkan rumahnya.

“Saya tak pernah menyangka saya boleh menghabiskan kerja itu. Saya cuma berazam untuk memiliki sebatang jalan. Setiap hari, saya akan mula bekerja pada jam 5 pagi dan berhenti sekitar 8.30 pagi apabila hari dah mulai panas. Kemudian saya akan sambung pada jam 3.30 petang atau 4 petang sehinggalah matahari jatuh”

Menurut Sasi, dia mengalami kesukaran ketika menghayunkan beliung kerana badannya yang cacat. Malah, dia juga beberapa kali mengalami kecederaan.

Apabila jiran dan orang kampung lain melihat apa yang dibuat oleh Sasi, ada antara mereka tidak percaya. Tetapi bila mereka sedar apa sebenarnya tujuan Sasi, mereka turut memberi sokongan. “Ada juga dalam kalangan mereka mengejek saya tetapi lama selepas itu, mereka pun faham.”

Sumber: The News Minutes

Via: SK



Sumber Lelaki cacat ini habiskan masa 3 tahun korek bukit untuk buat jalan lepas diketawakan kerana nak beli skuter dan minta bantuan tak kunjung tiba

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wVzspb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.