Hi! Welcome Back and Stay Tune! Beku Mayat Isteri Dengan Harapan Teknologi Dapat Bantu Hidupkan Semula - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Beku Mayat Isteri Dengan Harapan Teknologi Dapat Bantu Hidupkan Semula


BEIJING: Seorang lelaki membekukan mayat isterinya dengan harapan apabila teknologi semakin maju wanita itu boleh dihidupkan semula.

Mayat Zhan Wenlian yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada usia 49 tahun disimpan dalam tangki nitrogen cecair pada suhu -196 celsius di institut kriogenik di wilayah Shandong.

Suaminya, Gui Junmin, 49, berkata, dia mengambil keputusan itu kerana terlalu sayangkan isterinya dan percaya wanita itu tidak mati sebaliknya dianggap sedang tidur.

“Saya tidak mahu melihat isteri saya hilang ketika mayatnya dibakar dengan tiada apa yang tinggal.

“Saya tidak rasa isteri saya sudah meninggal dunia dia hanya berada di tempat lain untuk berehat sementara,” katanya.

Zhan meninggal dunia dan dibekukan pada Mei lalu tetapi kes itu baru didedahkan syarikat Kumpulan Biologi Yinfeng yang menjalankan proses membekukan mayatnya.

Kata Gui, membekukan mayat isterinya bukan sahaja memberi manfaat kepada keluarganya tetapi ia turut menyumbang kepada perkembangan teknologi perubatan.

Terdapat kira-kira 350 mayat yang dibekukan di seluruh dunia dengan kebanyakannya di Amerika Syarikat.

Semua mereka berharap hidup semula satu hari nanti apabila teknologi mampu menghidupkan mayat yang sudah mati.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada mayat yang berjaya dihidupkan semula.-Agensi


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xbakuI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.