Bilangan mangsa banjir Sabah tidak berubah
Bilangan penduduk terjejas banjir di Papar kekal 119 orang daripada 45 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Penampang Baru, Kimanis.
KOTA KINABALU: Bilangan penduduk terjejas banjir di Papar kekal 119 orang daripada 45 keluarga yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara di Dewan Penampang Baru, Kimanis, pagi ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kol Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata 87 mangsa daripada 36 keluarga dari Kampung Penampang Baru; 5 mangsa daripada 3 keluarga dari Kampung Lingan Baru; dan 27 mangsa daripada 6 keluarga dari Kampung Mendugi.
“Keadaan cuaca ketika ini mendung dan arah aliran air menurun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mulliadi berkata pemantauan dilakukan pihaknya mendapati kawasan kampung terjejas banjir sudah beransur pulih dan jika cuaca tidak hujan dan rumah mangsa selamat didiami, semua mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
“Cadangan bagi penutupan pusat pemindahan dan penghantaran semua mangsa balik ke rumah masing-masing akan dimajukan kepada pengerusi jawatankuasa bencana alam daerah Papar,” katanya.
Menurutnya, 6 kampung di Papar terjejas banjir ialah Kampung Penampang Baru, Kampung Belatik, Kampung Daingin, Kampung Batu 14 Ulu Kimanis, Kampung Lingan Baru dan Kampung Mendugi.
Bagaimanapun 2 jalan yang dinaiki air sebelum ini iaitu jalan Kampung Penampang Baru dan jalan Kampung Daingin sudah kembali pulih, katanya. - FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vC1S93
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment