TAHNIAH: Pengakuan Ikhlas Mira Filzah Buat Zizan Tersenyum.
RASANYA teknik pura-pura mesra di laman sosial untuk menaikkan ratingdrama lakonan ni sudah boleh dihentikan kut. Ya lah, bila dilihat terlalu mesra sehingga ada yang bergosip, tahu pula rimas.
Gosip percintaan di antara Mira Filzah dan Zizan Razak telah lama berlarutan apabila masing-masing sering memuat naik gambar mesra bersama.
Walaupun begitu, mereka berdua tidak pernah menjelaskan hubungan sebenar mereka dan terus membuat peminat berteka-teki.
Namun, oleh kerana enggan memberi harapan palsu kepada peminat yang mendoakan, Mira tegas memberitahu cintanya bukanlah kepada Zizan.
“Maaf, cinta saya pada waktu ini bukan pada Zizan, bukan juga pada lelaki lain. Tak mungkin saya bercinta pada waktu ini kerana saya lebih selesa solo. Lagipun, saya tidak mempunyai waktu yang banyak untuk bercinta.
“Masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja semata-mata. Selebihnya bersama keluarga tersayang,” katanya, lapor sebuah akhbar mingguan.
Menyatakan dia faham peminat mahukan mereka berdua bersatu, namun kata Mira dia yakin benar hubungan yang diharap-harapkan peminat itu tidak akan menjadi realiti kerana Mira akui dia tidak mempunyai walau sekelumit pun perasaan terhadap zizan.
Terdahulu, heboh hubungan pasangan ini diperkatakan ramai malah rata-rata peminat juga sangat suka melihat kelibat mereka bersama. – Sumber
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uIvUt3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment