Harga minyak naik 4 minggu berturut-turut, diesel turun
Harga runcit minyak petrol naik untuk empat minggu berturut-turut.
Bermula jam 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.15 seliter (naik 3sen) manakala RON97 pula akan dijual dengan harga RM2.43 (naik 4sen).
Trend menaik itu dilihat sejak tujuh minggu lalu apabila hanya sekali (20 Julai) harga untuk ketiga-tiga bahan bakar itu kekal.
Harga diesel pula bagaimanapun turun 2sen dan akan dijual pada harga RM2.06 seliter.
Harga minyak diumumkan setiap Rabu.
Harga jualan runcit petrol dan diesel kini ditetapkan secara mingguan berdasarkan kedudukan harga Means of Platts Singapore (Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat pada minggu terdahulu.
Mekanisme baru ini diperkenalkan pada April lalu.
Sumber Harga minyak naik 4 minggu berturut-turut, diesel turun
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vCYzhS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment