“Macam mana tau dia ayah? Dia tak pernah pun kata dia ayah. Kamu semua yang cakap!” – Isteri Saleem
KONTROVERSI membabitkan penyanyi Saleem (Iklim) mengenai anaknya, Syafiq Farhain memasuki episod baharu apabila penyanyi legenda itu bersama isterinya, Julia Bachok bertindak ‘menyerang’ syarikat rakaman Music Valey Malaysia (MVM).
Drama ‘serangan’ itu berlaku apabila Saleem bersama isterinya hadir ke syarikat rakaman berkenaan di Taman Shamelin Perkasa, Cheras pada petang Rabu yang turut ditemani seorang lelaki berbadan sasa dipercayai pengawal peribadi mereka.
Rakaman video yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Utusan Online itu turut memperlihatkan Julia tidak dapat menahan kemarahan apabila netizen memperlekehkan Saleem menerusi beberapa laman sosial.
Julia juga tidak berpuas hati kononnya syarikat rakaman berkenaan mengaut keuntungan dengan mempromosikan artis baru tersebut yang dipercayai ditujukan kepada Syafiq Farhain kerana mengaitkan nama Saleem bagi menaikkan populariti pemuda itu.
“Apa motif engkau nak guna nama Saleem nak promosi album baru engkau? Nak guna nama orang yang dah besar, kau kena cakap dengan aku dulu, berapa aku nak satu tahun, nak RM300,000, RM400,000, jangan je ‘company’ je nak untung. Tak bolehlah macam tu,” tegur Julia.
Julia turut menunjukkan surat yang diberikan kepada syarikat rakaman itu dengan menetapkan ‘Larangan Menggunakan Nama Saleem Untuk Sebarang Promosi Bagi Artis Baru Nursyafiq Farhain’.
Ia antara lain pihak syarikat itu tidak menggunakan nama Saleem di setiap pertunjukan pentas selain tidak membenarkan semua urusan promosi dilakukan di media sosial.
“Saya dah edar surat ni kepada mereka tetapi mereka masih buat juga. Jangan ingat saya ni buta Internet sebab saya masih tau nak buka YouTube!” tegas Julia.
Malah Julia juga dilihat mempersoalkan pandangan sesetengah pihak yang mengesahkan Syafiq adalah anak kepada Saleem.
“Macam mana tau dia (Saleem) ayah? Dia tak pernah pun kata dia ayah. Kamu semua yang cakap!” Soalnya.
Saleem pula ketika ditanya adakah dirinya mempunyai masalah peribadi lain bersama Syafiq memberitahu, semuanya akan jadi lebih mudah seandainya ada perbincangan di kedua-dua pihak.
“Sebenarnya isunya itu sahaja. Dia dan syarikat rakamannya terus menggunakan nama saya untuk tujuan promosi lagu terbarunya. Selebihnya tak ada masalah dan dia boleh terus berkarya menggunakan bakat dia sendiri,” kata Saleem.
Rakaman berkenaan turut menyiarkan Julia dan Saleem berjaya bertemu Pengarah Urusan MVM Production, Rumhadi Rumnan yang akhirnya membuat permohonan maaf kepada umum selepas pasangan berkenaan berjaya memasuki pejabat berkenaan.
“Di sini saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka di mana saya akui pihak kami ada menggunakan nama abang Saleem bagi tujuan mempromosi lagu baru Syafiq Farhain.
“Dan saya juga ingin memohon maaf di atas tersiarnya satu tajuk artikel temubual sebuah portal online di mana tajuk yang di ketengahkan dilihat telah melukakan hati abang Saleem. Dan saya berjanji bermula hari ini kami tidak lagi menyentuh nama abang Saleem bagi tujuan promosi Syafiq,” katanya.
Saleem yang dilihat agak tenang mendengar permohonan maaf tersebut dan menerima dengan terbuka namun meletakkan syarat agar MVM tidak lagi mengulang perbuatan tersebut.
Bagaimanapun, isteri Saleem, Julia yang dilihat agak beremosi masih belum memberi kata putus terhadap permohonan maaf tersebut.
Malah dia memohon dirinya diberi sedikit masa untuk berbincang secara peribadi dengan Rumhadi.
“Saya akan bincang secara peribadi dengan Hadi bagaimana dia nak bersihkan nama Saleem. Kalau orang hina saya tak apa, tetapi bukan artis saya,” katanya.
Tambahnya sebagai pengurus, dia berhak bersuara untuk melindungi artis bawah jagaannya apatah lagi Saleem disifatkan kurang petah berkata-kata.
Dalam insiden petang itu, Julia dilihat tidak dapat mengawal kemarahannya mula berkumpul di depan pejabat urusan MVM sambil menunggu kehadiran Syafiq dan pihak MVM.
Via: Mstar
Sumber “Macam mana tau dia ayah? Dia tak pernah pun kata dia ayah. Kamu semua yang cakap!” – Isteri Saleem
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vDwveF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment