Hi! Welcome Back and Stay Tune! Murid tahun 6 dakwa jadi mangsa cabul ustaz di sekolahnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Murid tahun 6 dakwa jadi mangsa cabul ustaz di sekolahnya

KUALA TERENGGANU – Seorang murid tahun enam mendakwa menjadi mangsa cabul seorang ‘ustaz’ di sekolahnya dan kejadian itu dikatakan berlaku sejak Februari lalu.

 

Murid tahun 6 dakwa jadi mangsa cabul ustaz di sekolahnya

Murid tahun 6 dakwa jadi mangsa cabul ustaz di sekolahnya

 

 

Perkara itu terbongkar setelah ibu mangsa diberitahu rakan anaknya itu selepas berkunjung ke rumahnya di daerah ini.

Menurut sumber, ibu mangsa diberitahu rakan anaknya bahawa mangsa diraba di bahagian dada, punggung, kemaluan selain turut dicium oleh lelaki berusia 59 tahun itu.

“Rakan mangsa juga memberitahu bahawa ustaz berkenaan ada memasukkan tangannya di dalam kain mangsa dan telah memegang kemaluannya serta menyuruh mangsa memegang kemaluannya.

“Wanita itu kemudiannya bertanya kepada anaknya dan mangsa memberitahu betul. Mangsa merupakan seorang yang bermasalah dalam pembelajaran,” katanya.

Ibu mangsa kemudiannya bertindak membuat laporan di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu kerana mengesyaki anaknya itu menjadi mangsa cabul dan membawanya menjalankan pemeriksaan di hospital.

Bertindak daripada laporan itu, pihak polis menahan seorang lelaki di kediamannya di sebuah kampung di sini (Gong Tok Nasek), jam 2 petang, kelmarin dan suspek direman untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.

Sumber: Sinar



Sumber Murid tahun 6 dakwa jadi mangsa cabul ustaz di sekolahnya

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uOA8vl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.