Hi! Welcome Back and Stay Tune! BNM RUGI RM30 BILION, TUN M BERI REAKSI BIASA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BNM RUGI RM30 BILION, TUN M BERI REAKSI BIASA

PUTRAJAYA – Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Kementerian Kewangan, Tan Sri Clifford Francis Herbert berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi reaksi biasa semasa diberitahu tentang kerugian kira-kira RM30 bilion dialami Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1993.

“Ia agak biasa,” katanya pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing (forex) BNM ketika disoal oleh pegawai pengendali Julia Ibrahim mengenai reaksi Dr Mahathir dan sama ada beliau terkejut semasa dimaklumkan tentang perkara itu.

Dalam kenyataan saksinya, Herbert, 76, berkata, beliau dan bekas menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi taklimat kepada Dr Mahathir mengenai kerugian kira-kira RM30 bilion itu yang dialami BNM.

Beliau berkata, mereka memberi taklimat itu kepada Dr Mahathir di pejabat perdana menteri pada penghujung 1993.

Selepas diberi taklimat mengenai perkara itu, katanya, Dr Mahathir memberi maklum balas dengan berkata “kadang-kadang kita untung dan kadang-kadang kita rugi”.

Herbert, yang juga bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, berkata pada masa itu, Anwar turut bertanggungjawab mempertahankan BNM di Parlimen.

Herbert  berkata, beliau tidak menyedari kerugian yang dialami BNM dalam urus niaga forex ketika beliau menjadi timbalan ketua setiausaha Kementerian Kewangan.

“Saya hanya mengetahui tentang kerugian itu pada akhir 1993 apabila saya diarahkan oleh Anwar, yang ketika itu Menteri Kewangan, untuk memeriksa kerugian yang dialami oleh Bank Negara.

“Saya meminta Setiausaha Lembaga Pengarah Bank Negara supaya memberi saya maklumat yang berkaitan dengan kerugian forex dialami Bank Negara, tetapi saya tidak ingat nama setiausaha berkenaan.

“Saya telah diberikan dokumen tertentu oleh Bank Negara dan saya membuat pengiraan saya sendiri serta melaporkan kepada Anwar menerusi nota yang menyatakan bahawa bank pusat itu mengalami kerugian dalam transaksi forex berjumlah kira-kira RM30 bilion,” katanya pada prosiding RCI itu.

Bagaimanapun, Herbert yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan berkata, beliau tidak mengingati kerugian berkenaan dicatatkan bagi tahun yang mana.

Herbert, yang merupakan saksi ke-14 pada prosiding itu, berkata beliau dan seorang individu, yang juga tidak diingatinya, telah menasihati Anwar supaya meminta Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang ketika itu penasihat BNM, supaya meletakkan jawatan kerana bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami itu.

“Anwar bersetuju dengan kami. Saya menghubungi Setiausaha Lembaga Pengarah Bank Negara dan memberitahu bahawa Anwar bersetuju supaya Nor Mohamed Yakcop perlu meletakkan jawatan dari Bank Negara,” katanya.

Herbert juga memberitahu prosiding RCI itu bahawa pada akhir 1993 atau awal 1994, Tan Sri Lin See Yan, yang ketika itu Timbalan Gabenor Bank Negara, telah menemui beliau di pejabatnya dan memberitahunya bahawa Bank Negara pada dasarnya muflis yang sebahagian besarnya akibat kerugian forex itu.

Prosiding awam itu, yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan, akan bersambung pada 6 September ini.

Mohd Sidek, yang juga pengerusi Petronas, dibantu oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah) Tan Sri Saw Choo Boon dan anggota Institut Akauntan Malaysia K. Puspanathan.- Bernama

– Sinar Harian

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vu16fU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.