Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat Malaysia masih tak puas hati, giliran teman wanita Haziq jadi mangsa buli siber - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat Malaysia masih tak puas hati, giliran teman wanita Haziq jadi mangsa buli siber

Kesilapan penjaga gol pasukan Bawah 22 Tahun (B-22) negara ketika aksi final bola sepak Sukan SEA hingga menyebabkan Thailand beroleh jaringan kemenangan nampaknya telah mengheret teman wanitanya yang terkena tempias kecaman netizen.

Cubaan Muhammad Haziq Nadzli menumbuk bola bagi menyelamatkan gawang Harimau Malaya bagaimanapun bertukar mimpi ngeri apabila ia memberi gol kepada pasukan lawan, sekali gus ‘ibu emas’ dirangkul Thailand.

Situasi itu telah membuatkan pihak tertentu cuba mengaitkan prestasi Haziq yang kononnya dipengaruhi oleh hubungan cintanya dengan gadis yang hanya dikenali sebagai Nurfarisha.

Posting di Facebook telah memuat naik gambar Haziq dan teman wanitanya dengan menuduh gadis itu menjadi salah satu punca skuad negara tewas 0-1 kepada negara jiran itu.

“Ada tiga perkara yang boleh menjahanamkan negara. Satu, ‘chinggey’ (perempuan),” tulis posting tersebut yang dipetik daripada dialog popular sebuah filem tempatan.

Bagaimanapun, entri tersebut menimbulkan reaksi tidak senang netizen yang menyelar perbuatan itu sebagai sesuatu yang tidak melambangkan slogan #BangkitBersama.

Seorang pengguna Facebook, ‘Awgku Awgmu’ mempersoalkan apakah jasa yang telah disumbangkan oleh pengendali laman tersebut kepada negara sehingga berani memuat naik posting yang berunsur buli siber itu.

“Kesilapan bukannya dirancang. Harap mereka tabah menghadapi rakyat yang bermentaliti sampah seperti admin,” tulisnya.

 

Sementara itu, seorang lagi pengguna, ‘Cik Sitiey’ pula menulis: “Tak habis-habis menghasut, salah satu yang boleh musnahkan negara engkau la admin.”

Manakala ‘Diyanz Rosedy’ pula berkata: ” Tiada orang nak main untuk kalah. Okay dah buat yang terbaik. Rezeki bukan di tangan anda, admin.”

Namun, pengendali laman  itu membalas kecaman netizen dengan menyalahkan mereka yang masih menjadi pengikut laman tersebut jika sudah tidak bersetuju dengan provokasi yang dilakukan.

Terdahulu, mStar Online melaporkan ketua jurulatih B-22 negara mengakui kesilapan penjaga gol adalah sesuatu yang normal dalam bola sepak.

Tindakan Haziq cuba menumbuk bola keluar dari kawasan bahaya gol hasil hantaran sudut pemain Thailand namun telah memasuki gawang.

Sumber: Mstar



Sumber Rakyat Malaysia masih tak puas hati, giliran teman wanita Haziq jadi mangsa buli siber

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wpnR20

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.