Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas timbalan Gabenor terkejut BNM rugi besar Forex - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas timbalan Gabenor terkejut BNM rugi besar Forex

Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Lin See Yan memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)  bahawa beliau terkejut dengan kerugian besar dialami bank itu dalam urus niaga mata wang asing (forex).

Dr Lin berkata, Gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Jaffar Hussien bimbang dan terkejut apabila beliau memaklumkan perkara itu kepadanya.

Menurut Lin, beliau pertama kali mengetahui tentang kerugian dalam urus niaga forex itu daripada Lee Siew Kuan, yang menjadi pembantu khas kepada Jaffar pada awal 1990-an dan seterusnya daripada rakan beliau yang bertugas dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Kawan-kawan daripada IMF memberitahu saya bahawa Bank Negara Malaysia terlibat dengan urus niaga hadapan terbuka mata wang asing  yang besar jumlahnya dalam pelbagai mata wang, terutama di New York dan London dan Bank Negara Malaysia mengalami kerugian besar,” katanya.

Lin berkata selepas itu beliau pergi berjumpa dengan Jaffar yang mengesahkan kerugian itu.

“Saya bertanya kepada Tan Sri Jaafar berapa banyakkah kerugian itu dan beliau memberitahu saya beliau tidak pasti,” kata Lin, yang menyandang jawatan timbalan gabenor dari 1980 hingga Julai 1994.

Kata Lin, Jaffar juga memberitahu beliau bahawa Tan Sri Nor Mohamed Yakcop adalah ketua peniaga.

“Saya katakan kepada Tan Sri Jaffar bahawa oleh kerana beliau tidak tahu jumlah kerugian yang dialami dan berapa banyak lagi yang akan dialami, lebih baiklah kita lakukan siasatan untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang kerugian itu, bagaimana ia boleh berlaku dan berapa banyak lagi bank terdedah kepadanya,” kata beliau.

Lin berkata Jaffar bersetuju Lee akan melakukan siasatan awal dengan bantuan bekas Penolong Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid.

Menurut Lin, sepanjang pengetahuannya, Nor Mohamed adalah ketua peniaga yang melaporkan secara terus kepada gabenor.

Kata Lin, kemudian Lee dan Abdul Murad memberitahu beliau bahawa BNM mempunyai kedudukan terbuka yang besar jumlahnya dalam pelbagai mata wang yang masih lagi jauh tempoh hadapannya.

“Ini bermakna Bank Negara mungkin terus mengalami kerugian apabila tiba masanya untuk melunaskan bayaran kepada pihak yang berurus niaga. Sebagai Bank Pusat, risiko ini tidak boleh diterima dan Tan Sri Jaffar bersetuju,” katanya.

Lin berkata beliau memaklumkan kepada gabenor itu bahawa Nor Mohamed tidak sepatutnya dibenarkan terus mengendalikan urus niaga dan meminta Abdul Murad mengambil alih serta menutup semua kedudukan hadapan terbuka.

Katanya, semua urusan perakaunan BNM berkaitan urus niaga forex diserahkan kepada Jaffar memandangkan beliau seorang akauntan paling tersohor serta memiliki pengalaman yang diperlukan.

“Jaffar seorang manusia terhormat, tetapi beliau terlalu pantas dalam urusan berkaitan forex dan beliau memberi kepada mereka (pengendali) terlalu banyak kebebasan,” kata Lin ketika membaca kenyataan saksinya pada hari keempat prosiding RCI untuk menyiasat kerugian yang dialami BNM dalam urus niaga mata wang asing pada 1990-an.

Saksi ke-12 itu juga memberitahu bahawa kata-kata terakhir Jaffar kepadanya ialah oleh kerana beliau yang menyebabkan BNM berada dalam keadaan kusut, maka beliau akan menyelesaikan perkara itu.

Lin berkata Jaafar juga menyebut bahawa beliau tidak tahu siapakah yang membuat keputusan mengenai urus niaga forex yang besar jumlahnya itu dari 1990 hingga 1994.

Kata saksi itu, beliau dipanggil menghadap oleh Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kecewa dengan kerugian besar urus niaga forex yang dialami BNM dan bersetuju dengannya (Lin) bahawa semua kedudukan yang masih ada pada masa itu perlu ditutup dengan secepat mungkin.

Lin berkata beliau bagaimanapun tidak diminta berbincang tentang kerugian dalam urus niaga forex itu dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi “saya tidak tahu jika ada orang lain yang memaklumkan kepada Perdana Menteri tentang kerugian dalam urus niaga mata wang asing yang dialami BNM”.

Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mempengerusikan panel lima anggota suruhanjaya itu, yang turut terdiri daripada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Seri Tajuddin Atan, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah) Tan Sri Saw Choo Boon dan anggota Institut Akauntan Malaysia K. Puspanathan.

Sumber: MStar



Sumber Bekas timbalan Gabenor terkejut BNM rugi besar Forex

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vGjFd2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.