Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dihempap Lori Pembancuh Simen, Suami Maut, Isteri Dan Tiga Anaknya Selamat.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dihempap Lori Pembancuh Simen, Suami Maut, Isteri Dan Tiga Anaknya Selamat..


FILIPINA - Viral di media sosial, video rakaman orang awam yang menunjukkan sebuah lori pembancuh simen menghempap sebuah kereta yang membawa satu keluarga sehingga menyebabkan pemandunya maut di tempat kejadian. 

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebelum kejadian itu berlaku, lori tersebut dipandu dengan kelajuan yang normal sahaja. Tetapi apabila pemandunya menyedari brek kenderaannya secara tiba-tiba tidak berfungsi, dia terus menghala kenderaannya ke sebelah kiri bagi mengelakkan dari melanggar kereta di hadapan dan mencederakan pengguna jalan raya yang lain. 

Namun, lori tersebut hilang kawalan lalu menghempap sebuah kereta di sebelah kanannya sehingga bumbungnya kemek. Lebih malang lagi, lori pembancuh simen terbabit pada ketika itu membawa muatan simen yang penuh dan telah dibancuh, menyebabkan pemandunya maut. 





Bagaimanapun, isteri dan tiga orang anaknya terselamat dari kemalangan itu dan menunggu untuk diselamatkan oleh pasukan penyelamat. 

Ibu kepada tiga orang anak itu menangis meminta bantuan orang ramai dan menyangka mereka tidak akan sempat diselamatkan. 

Tidak beberapa lama kemudian, pasukan perubatan tiba di lokasi kejadian. Dengan bantuan orang ramai, mereka berjaya mengeluarkan ibu dan tiga anaknya itu. 

Keempat-empat mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan yang serius dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Sumber: The Reporter


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x74A7Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.