Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pegawai MBPP Kantoi Paksa Wanita Lakukan Seks 0ral. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pegawai MBPP Kantoi Paksa Wanita Lakukan Seks 0ral.

Seorang lelaki yang merupakan pegawai Majlis Bandaraya Pulau Pinang, MBPP menyamar sebagai anggota polis didakwa telah memaksa wanita warganegara Myanmar untuk melakukan seks-0ral.


Menurut sumber The Star, lelaki berusia 22 tahun itu mendekati mangsa yang sedang berjalan berseorangan berdekatan sebuah padang di bandar baru Air Itam dalam kejadian yang berlaku 28 Ogos lalu kira-kira jam 10 pagi.

Ketika mendekati wanita berusia 25 tahun itu, lelaki terbabit memberitahunya bahawa dia adalah seorang pegawai polis dan bertanya kemana wanita itu mahu pergi dan adakah dia membawa pasport.

Menurut ketua polis daerah Georgetown, Asisten Komisioner Omar, suspek kemudian menyuruh wanita itu membonceng sebelum membawanya ke sebuah unit kosong di tingkat 17 blok apartment di jalan Thean Teik.

Ketika dirumah kosong itu, suspek terus mengarah wanita berkenaan menanggalkan pakaian sementara dia juga menanggalkan baju serta membuka zib seluarnya, kemudian wanita itu di paksa melakukan seks-0ral.

Tak cukup dengan itu, suspek juga bertindak merampas subang dan rantai emas milik wanita berkenaan.

Ketika menunggu lif untuk meninggalkan tempat tersebut, seorang penghuni yang curiga menyoal mereka. Selepas mendapat tahu apa yang terjadi penghuni itu menyuruh lelaki berkenaan memulangkan semula barang emas milik mangsa dan kemudian menghubungi pihak polis.

Lelaki tersebut kini ditahan dan siasat mengikut seksyen 377b kanun keseksaan kerana hubungan seks-luar tabii. Sementara mangsa kini dalam rawatan pihak hospital bagi pemeriksaan kesihatan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vLrjC6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.