Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rebut anak punya pasal, lelaki kejar bekas isteri sampai kemalangan hingga pemandu kereta lain cedera parah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rebut anak punya pasal, lelaki kejar bekas isteri sampai kemalangan hingga pemandu kereta lain cedera parah

TINDAKAN lelaki mengejar bekas isterinya dengan kereta dipercayai akibat masalah perebutan anak menyebabkan kejadian lebih buruk apabila kereta dipandu mereka terbabit kemalangan yang turut menyebabkan sebuah lagi kereta dirempuh di Titi Gajah, Alor Setar, hari ini.

Dalam kejadian 2 petang itu, Jafrul Nizam Jaafar, 38, bekas isteri, Marziana Mahadzir, 37, anak mereka, Muhammad Mikhail Jafrul Nizam, 5, dan pemandu kereta lain, Faizal Baharom, 36, cedera parah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Yazri Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku dari Titi Gajah menghala ke Kepala Batas.

Beliau berkata, keterangan orang awam memberitahu ia berpunca apabila Perodua Myvi dipandu Jafrul mengejar Perodua Myvi dipandu bekas isterinya.

Menurutnya, lelaki itu kemudian menghimpit kereta bekas isterinya di sebelah kanan menyebabkan ia terbabas ke pembahagi jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

“Kereta lelaki itu turut hilang kawalan dan merempuh sebuah Proton Saga FLX menyebabkan kereta itu terbalik dan merintangi jalan sementara Perodua Myvi itu terbabas di sebelah kiri sebelum merempuh pagar Kuarters Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan,” katanya.

Yazri berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Rebut anak punya pasal, lelaki kejar bekas isteri sampai kemalangan hingga pemandu kereta lain cedera parah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wU8th1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.