Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bob, Seekor Kucing Jalanan Yang Berjaya Mengubah Kehidupan Seorang Bekas Penagih - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bob, Seekor Kucing Jalanan Yang Berjaya Mengubah Kehidupan Seorang Bekas Penagih


Seorang pemuzik jalanan bernama James Bowen bergelut dengan ketagihannya sebelum kehidupannya berubah menjadi lebih baik. Ini kerana, dia telah mula berkawan dengan seekor kucing liar yang diberi nama Bob.


Pada tahun 2007, Bowen merupakan seorang bekas penagih dadah yang cuba untuk pulih. Kebetulan dia terjumpa dengan Bob, yang sedang tidur di atas anak tangga hadapan rumah kebajikannya.

Menurut Bowen, dia melihat Bob seolah-olah memberinya pandangan meminta bantuan untuk mereka berdua. Kucing itu mempunyai luka di kakinya, jadi Bowen cuba mendapatkan wang untuk membelikannya antibiotik. Bowen telah menjaga Bob sehingga sihat.


Dan selepas itu, mereka seperti tidak boleh dipisahkan. Bob sentiasa duduk dengan tenang apabila Bowen memainkan muzik di tepi jalan.

Ini membuatkan lebih ramai orang berhenti untuk mengusap Bob dan mengambil gambarnya. Semakin hari, keselamatan Bob diutamakan. Bob dipakaikan tali dan diberi rawatan pemandulan dan mikrocip. Menurut Bowen, Bob menjadi sumber kekuatannya untuk bangun pagi setiap hari.


Selepas dua tahun, kehidupan Bowen berubah sekelip mata. Ini kerana, dia telah menulis sebuah buku berjudul A Street Cat Named Bob – And How He Saved My Life. Ianya menjadi judul yang laris di pasaran.

Selain itu, Bob juga pandai menggunakan tandas untuk membuang air, memberi high-five kepada orang yang lalu-lalang dan menaiki bas dan kereta api bawah tanah.

Menurut Bowen lagi, kisah mereka memberikan kekuatan kepada sesiapa yang sedang menghadapi kesukaran dalam kehidupan mereka kini.


Kebanyakan golongan artistik membela kucing. Ini kerana, mereka melihat kucing itu banyak persamaannya dengan artis. Malah, boleh dijadikan inspirasi. Bob ialah inspirasi Bowen.

Bob mempunyai ramai peminat sehinggakan kebanyakan surat peminat ditujukan kepada Bob. Kini, Bowen yang tinggal di sebuah pangsapuri yang disewa sedang menulis buku untuk kanak-kanak. Kami harapkan semuanya baik-baik sahaja untuk Bowen dan Bob!

Sumber: Era Baru


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fKfRV0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.