Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP Jangan Cepat Lepas Tangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP Jangan Cepat Lepas Tangan




Sememangnya, DAP adalah sebuah parti yang begitu cepat menunding jari kepada pihak lain sekiranya berlaku sesuatu di bawah pentadbirannya. Pihak yang paling kerap dituduh oleh DAP sekiranya berlaku sesuatu adalah Barisan Nasional dan UMNO sedangkan perkara berkenaan berlaku semasa pentadbiran dan atas kelulusan kerajaan DAP sendiri.

Lihat sahaja bagaimana DAP begitu cepat menunding jari kepada Barisan Nasional dalam kes sebuah kilang haram di Sungai Lembu, Permatang Pauh yang menyaksikan Exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh di tahan SPRM baru-baru ini.

Dalam banyak kenyataan, pentadbiran Pulau Pinang begitu cepat menuduh kerajaan Barisan Nasional sendiri yang mengizinkan pembinaan kilang berkenaan. Namun atas inisiatif Pemuda MCA Pulau Pinang, mereka melakukan sendiri kaji selidik berhung kewujudan sebenar kilang haram berkenaan.

Menerusi beberapa kajian termasuk soal selidik penduduk berhampiran, sebenarnya, kilang berkenaan wujud pada tahun 2009 dan sekaligus menyangkal laporan sebelum ini yang menyatakan kilang berkenaan wujud pada awal tahun 2008.

Fakta ini disokong oleh pencarian menerusi pencarian applikasi Google Earth dan soal jawab dengan penduduk setempat. Andai ini benar, ini bermakna, kilang berkenaan baru sahaja wujud sewaktu pentadbiran Lim Guan Eng baru setahun mengambil alih kerajaan negeri setelah menang pada Pilihan Raya Umum ke 12.

Namun begitu, seperti biasa, Lim Guan Eng mahupun DAP negeri akan segera mengalihkan tumpuan termasuk menuduh kerajaan Barisan Nasional sebelum itu yang melindungi rancangan kewujudan kilang berkenaan.

Harus diingat, fakta tetap fakta dan rakyat kini bukan lagi bodoh untuk menelan bulat-bulat apa yang diperkatakan Guan Eng. Semua pihak boleh melakukan kajian dan soal selidik sendiri bilakah kilang haram berkenaan wujud. Apa yang pasti, Pemuda MCA telah membongkarkan satu lagi penipuan DAP Pulau Pinang yang acapkali menipu dan berbohong kepada rakyat Pulau Pinang dan Malaysia, amnya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x2DATB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.