Hi! Welcome Back and Stay Tune! Derita Gelang ‘Makan’ Isi Tangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Derita Gelang ‘Makan’ Isi Tangan



Penderitaan seorang lelaki selama lebih sebulan ekoran seutas gelang dan cincin bukan sahaja melekat bahkan memakan kulit serta daging tangannya berakhir selepas mendapat bantuan pasukan bomba di Hospital Lawas di sini kelmarin. 

Pasukan bomba terpaksa mengambil masa hampir empat jam untuk melakukan khidmat khas memotong cincin serta gelang tangan jenis keluli yang tersekat pada jari serta perge­langan tangan mangsa.

Menurut sumber, lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan telah menanggung kesakitan disebabkan jari manis dan pergelangan tangan kirinya yang semakin membengkak dan menjadi kebiruan sejak sebulan lalu. Kata sumber, mangsa dipercayai mengalami gangguan mental dan sering dijumpai merayau seorang diri di sekitar Pekan Lawas.

“Mangsa dikatakan sudah banyak kali mencuba untuk menanggalkan cincin pada jari serta gelang pada pergelangan tangannya itu, namun usaha tersebut menemui jalan buntu. Ketika kejadian, ada orang awam ternampak mangsa mengerang kesakitan di tepi jalan sebelum dibantu dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya.

Jelasnya, ketika orang awam terjumpa mangsa, tangannya dibalut dan mangsa dilihat memegang tangannya kerana menahan sakit.

Sementara itu, Penolong Pe­ngarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, selepas pihak hospital tidak dapat menanggalkan kedua-dua perhiasan itu, mang­sa kemudian dirujuk kepada anggota bomba bagi melakukan khidmat khas memotong cincin serta gelang tersebut.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vknK9V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.