Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bengang Dihina, Suami Tak Sengaja Bunuh Isteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bengang Dihina, Suami Tak Sengaja Bunuh Isteri



SELAIN kes rogol, kes bunuh pun banyak berlaku pada zaman sekarang ni. Mungkin bagi mereka membunuh manusia ini seperti membunuh anak ayam agaknya?

Satu kejadian kes bunuh tanpa niat berlaku di Kepulauan Batam, Riau dekat Indonesia pada tahun lalu. Suspek, Syafrizal, 47, didapati membunuh isterinya sendiri, Syarfida,40, di depan mata anaknya sendiri hanya kerana malu dihina oleh isterinya.

Saksi kejadian, iaitu anak sulung mereka berkata, suspek telah memukul dan menyepak ibunya serta memijak kepalanya sehingga mati di tempat kejadian.

Selepas suspek mendapati isterinya itu mati, dia telah melarikan diri tetapi telah berjaya ditahan oleh pihak polis dua hari selepas kejadian itu berlaku.

Pihak hospital telah menjalankan proses bedah siasat dan keputusan mendapati mangsa mengalami pendarahan otak yang teruk sehingga telinga, mulut dan hidungnya mengeluarkan darah yang banyak.

Syafrizal dikatakan telah mengaku bersalah dan menyesal kerana dengan tidak sengaja telah membunuh isterinya itu sendiri kerana katanya dia sudah tidak tahan kerana asyik dihina oleh isteri di depan anak-anaknya.

“Dia kerap hina saya, dia kata saya bodoh dekat depan anak. Sepatutnya depan anak dia kena cakap yang baik baik,” kata Syafrizal penuh penyesalan.

Dia juga berkata bahawa setiap pergaduhan mereka itu berpunca daripada isterinya yang gemar mencari gaduh. Pada malam kejadian juga si isteri telah menuduh suspek gagal mendidik anak dan tidak memberi kelengkapan hidup yang sempurna kepada mereka sekeluarga.

“Malam itu isteri tolak saya bila saya suruh dia urus anak belajar, anak yang seorang tu memang lemah sikit. Saya minta isteri bagi meja belajar yang saya beli dua hari lepas. Tapi dia boleh pula kata dia dah jual dan tuduh anak saya bodoh sebabkan saya bodoh dan tak mampu nak turuti kehendak anak,” katanya dengan tegas bercampur kesal sambil tertunduk sayu.

Disebabkan kejadian itu, ketiga-tiga anaknya itu kehilangan kasih sayang seorang ibu dan mereka akan dijaga oleh adik arwah isterinya itu. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u73EAh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.