Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penumpang "Setan" Curi Duit Gaji Pemandu Grab Hampir RM900 Untuk 3 Hari Bawa Grab - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penumpang "Setan" Curi Duit Gaji Pemandu Grab Hampir RM900 Untuk 3 Hari Bawa Grab


Kita sering membaca kisah penumpang Grab dan Uber yang menjadi mangsa pemandu yang tidak bertanggungjawab. Tetapi kali ini lain pula kisahnya. Seorang penumpang telah mencuri hampir RM900 dalam sekelip mata yang berlaku pada 23 Julai yang lalu di Singapura.

Dalam satu video yang viral di media sosial, aksi panjang tangan lelaki tersebut berjaya dirakam kamera memaparkan tangan lelaki tersebut mencapai sesuatu di 'armrest' sambil berpura-pura menunjuk jalan. 

Lelaki tersebut yang duduk di tempat belakang melakukan aksi yang sama beberapa kali dan akhirnya lelaki itu dilihat memegang sesuatu di belakang pemandu tersebut.


Lelaki itu menyedari dia telah berjaya mengambil sejumlah wang dan terus memasukkan duit tersebut ke dalam poketnya. Lelaki tersebut kelihatan seperti berpuas hati dengan apa yang telah diperoleh. Apabila sampai ke destinasi yang ditujui, lelaki tersebut membayar caj tambang dan tidak meminta baki. 

Pemandu tersebut hanya menyedari kehilangan duitnya itu selepas penumpang tersebut. Pemandu tersebut kemudian berkongsi kisah yang telah berlaku kepada pemandu Grab yang lain supaya lebih berhati-hati.


Penumpang tersebut telah menaiki kenderaan Grab tersebut dari Ang Mo Kio dan turun di Jalan Kayu, Woodlands tetapi malangnya pemandu tersebut tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai pencuri tersebut. 

Dia juga memberitahu duit yang dicuri lelaki tersebut adalah hasil dari 3 hari kerja kerasnya menjadi pemandu Grab. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :

Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u7iTJi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.