Pemandu Van MAB Diserang Sawan Rempuh Dinding Bangunan KLIA
Satu video dan gambar di laman Facebook tersebar meluas memaparkan sebuah van milik MAB telah merempuh dinding berhampiran aerobridge di bangunan KLIA.
Dalam laporan The Star, Malaysia Airport Berhad (MAB) telah mengesahkan van tersebut adalah miliknya.
Van tersebut dipercayai dipandu laju sebelum melanggar dinding Bay H2. Kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang itu mengakibatkan dua kakitangan MAB mengalami kecederaan yang agak parah.
Pemandu van tesebut dilaporkan patah kaki manakala seorang lagi mangsa mengalami patah kaki dan juga tangan. Kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Sementara itu, dari laporan Mstar pula, pemandu van tersebut dipercayai mengalami serangan sawan semasa memandu van tersebut.
Pihak Unit Perkhidmatan Pesawat (ASU) pula memberitahu pemandu van tersebut tiada permit untuk memandu kenderaan tersebut. - www.kakishare.my
___________________________Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vsT1aa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment