Hi! Welcome Back and Stay Tune! Abang mengaku tak bersalah rogol dan cabul adik perempuan sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Abang mengaku tak bersalah rogol dan cabul adik perempuan sendiri

REMAJA lelaki berusia 18 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini, atas empat pertuduhan merogol dan mencabul tiga adik perempuannya.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicara selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Saiful Bahari Adzmi.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol adiknya berusia lapan tahun di sebuah rumah di Kampung Baru Pulau Tiga, Sungai Layar, Sungai Petani pada 8 malam, 19 Julai lalu.

Pertuduhan kedua, dia didakwa merogol adiknya berusia 14 tahun di sebuah rumah di Lorong Kuda Kepang 3, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, pada 9 malam, 21 April lalu.

Bagi dua perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Pertuduhan ketiga, dia didakwa mencabul adiknya berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Baru Pulau Tiga, Sungai Layar, Sungai Petani pada 11 pagi, 18 Julai lalu.

Pertuduhan terakhir, dia didakwa mencabul adiknya berusia 10 tahun di sebuah rumah di Kampung Baru Pulau Tiga, Sungai Layar, Sungai Petani pada 9 malam, 14 Julai lalu.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J Geeta yang meminta mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana mengambil kira hubungan tertuduh dengan mangsa.

Mahkamah menetapkan 5 September ini sebutan semula kes sementara menunggu serahan dokumen dan perlantikan peguam bela serta tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Abang mengaku tak bersalah rogol dan cabul adik perempuan sendiri

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wokhnv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.