Hi! Welcome Back and Stay Tune! Neymar sah sertai PSG, pecah rekod pemain termahal dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Neymar sah sertai PSG, pecah rekod pemain termahal dunia

NEYMAR telah bersetuju dengan perjanjian selama lima tahun untuk bersama Paris Saint-Germain dan akan tiba di Paris dalam masa dua hari akan datang, sekali gus memuktamadkan perpindahan paling mahal dalam sejarah bola sepak dunia, menurut sumber Sky Sports News.

Sky Sports difahamkan bahawa Neymar memutuskan untuk meninggalkan Barcelona berikutan perbincangan di Rio de Janeiro pada awal bulan Julai, sebelum dia menyertai perlawanan lawatan pra-musim kelab Amerika Syarikat.

Dia dijangka tiba di ibu negara Perancis pada Jumaat untuk melengkapkan perpindahannya.

Difahamkan jumlah yang disepakati bernilai hampir £450 juta (€500 juta), termasuk gaji, bonus dan klausa pembelian berjumlah £198 juta (€222 juta).

Neymar telah ditawarkan gaji asas £26.8 juta setahun, selepas cukai, sekitar £515,000 seminggu.

Barcelona mengesahkan klausa pembelian tersebut perlu ‘didepositkan sepenuhnya’.

Sky Sports telah diberitahu bahawa pertemuan utama berlaku di Brazil awal bulan lalu melibatkan Neymar, bapanya dan ejen Pini Zahavi yang telah menangani perjanjian itu.

Zahavi telah mengenali Neymar sejak berumur 17 tahun dan telah menjadi salah seorang penasihat terdekatnya.

Sumber di Sepanyol yang dekat dengan Neymar memberitahu Sky Sports: “Sejak dia memutuskan untuk pergi, Neymar harus berdepan tekanan besar untuk kekal di Barcelona. Rakan sepasukannya mahu dia terus bersama kelab tetapi dia telah buat keputusan.”

Sumber itu menambah bahawa Neymar nyaris menyertai Manchester United dalam pasaran perpindahan musim panas lalu tetapi memilih PSG selepas menjalani musim seterusnya di Barcelona.

Neymar dijangka menyertai lima rakan sepasukan antarabangsa Brazil di PSG, termasuk Dani Alves dan Thiago Silva.

Sumber berkata: “Orang ramai akan mengatakan ini telah didorong oleh wang, tetapi dia mahu menjadi ketua di kelab tersebut. Dia mahu bebas dan mahu memenangi Ballon d’Or, dia percaya dia boleh melakukannya di Paris.”

Presiden La Liga Javier Tebas mengancam untuk menyekat perpindahan itu tetapi difahamkan pegawai PSG ‘sangat yakin’ tidak akan ada isu yang akan timbul dengan klausa pembelian.

PSG masih belum mengesahkan sama ada perjanjian telah dicapai.

Sumber: Mstar



Sumber Neymar sah sertai PSG, pecah rekod pemain termahal dunia

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v1E78t

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.