Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jijik! Dihukum Minum Air Mangkuk Tandas Akibat Prestasi Kerja Mengecewakan (Video) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jijik! Dihukum Minum Air Mangkuk Tandas Akibat Prestasi Kerja Mengecewakan (Video)

Dihukum Minum Air Mangkuk Tandas Akibat Prestasi Kerja Mengecewakan

BEIJING – Hanya kerana tidak menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan, dua pekerja sebuah syarikat di China menjadi mangsa deraan majikannya dengan cara paling menjijikkan.

Lapor portal Shanghaiist, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat fotografi di wilayah Sinchuan itu dikehendaki meminum seteguk air yang diambil daripada mangkuk tandas.

Perkara itu didedahkan menerusi satu rakaman video tular di laman Weibo, menunjukkan pekerja lelaki dan wanita terbabit mengambil air lelehan mangkuk tandas, sebelum meminumnya.

Dalam rakaman berdurasi 39 saat, lelaki berkenaan dilihat seolah-olah ‘reda’ dengan hukuman yang diterimanya, di mana terus meminumnya selepas memeriksa kandungan air tandas itu.

Gara-Gara Tak Perform Kerja, Pekerja Ini Dihukum Minum Air Tandas

Bagaimanapun buat pekerja wanita itu pula, dia terus menolak dari meneguk air tersebut namun terpaksa akur kerana ianya melibatkan kerjayanya di syarikat.

Difahamkan, wanita itu kini mengalami trauma dan masalah ciri birit, selain hilang selera makan.

Menurut Beijing News, perakam video insiden jijik itu telah direman selama empat hari dan pengurus syarikat terbabit pula kini ditahan polis bagi siasatan lanjut.

Sehingga kini, netizen tempatan mengecam hebat tindakan pengurus syarikat terbabit ekoran bersikap keterlaluan dalam memberikan hukuman biarpun alasan yang diberikan kononnya mampu meningkatkan prestasi kerja.

Mereka juga menuntut agar individu yang melakukan perbuatan keji itu mendapat balasan sewajarnya.

Tonton video pekerja Dihukum Minum Air Mangkuk Tandas Akibat Prestasi Kerja Mengecewakan di bawah.



Sumber Jijik! Dihukum Minum Air Mangkuk Tandas Akibat Prestasi Kerja Mengecewakan (Video)

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u4BcLh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.