Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dipaksa Telan Pil Perangsang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dipaksa Telan Pil Perangsang



Bintulu: Sekumpulan wanita warga Indonesia dipercayai dipaksa menggunakan pil perangsang bagi melayan lelaki kemaruk seks di premis yang berselindung di sebalik pusat urutan di Jalan Kidurong, di sini, sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, kegiatan sindiket berkenaan terbongkar hasil serbuan polis di premis itu pada jam 11 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Zailani Amit berkata, lima wanita warga Indonesia berusia 21 hingga 30 tahun diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan migran.

Menurutnya, hasil pemeriksaan polis menemui empat kondom dan pil perangsang di premis berkenaan yang dipercayai digunakan untuk khidmat seks.

“Seorang wanita warga Indonesia berusia 29 tahun iaitu penjaga kepada wanita terbabit turut ditahan polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 44 akta sama.

Ahad lalu, lima wanita warga Filipina berusia 20 hingga 30 tahun diselamatkan selepas menjadi mangsa pemerdagangan migran di pusat hiburan di Pusat Komersial Kemena.

Semua mereka dijadikan pelaris bagi menarik perhatian pelanggan ke premis berkenaan. - Harian Metro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uNquJm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.