Isteri Saleem dedah Syafiq Farhain malu mengaku suaminya sebagai bapa
ISTERI kepada penyanyi Saleem iaitu Julia Bachok menjelaskan, terdapat perselisihan faham antara penyanyi lagu Suci Dalam Debu itu dengan anaknya Syafiq Farhain sejak beberapa tahun lalu yang belum diselesaikan secara baik.
Ujar Julia, sebagai anak, Syafiq sepatutnya datang meminta maaf kepada suaminya itu atas apa yang pernah dilakukannya dahulu sehingga membuatkan Saleem terguris hati.
“Saya tidak kisah apa orang luar nak cakap kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku. Syafiq kena ingat dia pernah menuduh bapanya dengan perkara-perkara yang tidak baik satu masa dahulu dan dia sendiri malu nak mengaku Saleem sebagai bapanya.
“Perkara ini menyebabkan Saleem marah kepadanya. Bila sudah masuk dalam industri dia pula ambil kesempatan dan jalan singkat ini,” ujarnya.
Syafiq Farhain Dilarang Nyanyi, Sebut Nama Saleem
Julia berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan orang ramai terhadap tindakan Saleem yang tidak membenarkan anaknya Syafiq menggunakan nama dan menyanyikan lagu dia.
Tambahnya, tindakannya menghantar surat amaran kepada pihak syarikat rakaman MVM Productions pada Rabu lalu adalah memberi kesedaran kepada mereka.
“Bukan Saleem yang bawa Syafiq tapi saya yang ingin membantu dia menjadi penyanyi. Sebagai seorang wanita saya ada sifat keibuan yang ingin membantu.
“Tapi saya kesal apabila pihak itu telah menggunakan nama Saleem pula dari segi mempromosikan produk mereka,” ujarnya.
Julia menambah, kehadiran Syafiq yang menyanyi dan meniru cara nyanyian Saleem sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan Saleem yang masih aktif.
“Jika mereka langgar syarat, saya tidak teragak-agak untuk saman. Apa yang mereka lakukan menjejaskan periuk nasi kami.
“Orang memanggil Syafiq untuk menyanyi seperti Saleem dengan bayaran yang murah,” ujarnya.
Syafiq Farhain baru sahaja muncul dengan single pertamanya berjudul Sayang Maafkan Aku yang sehingga kini mendapat lebih 2 juta kali tontonan di YouTube sejak ia dimuat naik pada 29 Jun lalu.
Syafiq atau nama penuhnya Nursyafiq Farhain AM Salim, 23, merupakan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang kini bertugas di Putrajaya.
Sumber: Mstar
Sumber Isteri Saleem dedah Syafiq Farhain malu mengaku suaminya sebagai bapa
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w63464
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment