Kesiannya! Muka kanak-kanak ini terkena jangkitan teruk kerana ibu bapanya tolak rawatan hospital gara-gara terlalu percayakan ilmu hitam
KESIAN… Muka kanak-kanak ini mengalami jangkitan yang teruk hanya kerana ibu bapanya menolak rawatan hospital sebaliknya memilih untuk membawa kanak-kanak itu berubat dengan `ilmu hitam’.
Akhirnya selepas rawatan ilmu hitam itu tidak berkesan, barulah keluarga Tania yang menetap di Dantewada, India, membawa anak mereka menemui doktor.
Doktor terpaksa mengambil masa selama dua minggu untuk merawat jangkitan bakteria pada wajah kanak-kanak terbabit.
“Jangkitan itu bermula dengan tompokan kecil namun disebabkan tidak dirawat, kemiskinan dan kecuaian ibu bapa maka keadaan kanak-kanak terbabit semakin teruk dalam masa dua bulan,” kata Dr. Rajesh Dhruv.
Kanak-kanak itu diberikan rawatan antibiotik.
Walaupun dengan sumber yang terhad di hospital namun Dr. Rajesh berjaya merawat kanak-kanak terbabit dan muka kini kembali normal.
“Kemungkinan besar bakteria yang menjangkiti Tania staphylococcus aureaus atau streptococcus pyogenes,” katanya.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Kesiannya! Muka kanak-kanak ini terkena jangkitan teruk kerana ibu bapanya tolak rawatan hospital gara-gara terlalu percayakan ilmu hitam
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uXnLfI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment