Hi! Welcome Back and Stay Tune! Negara Rugi RM15.2 Juta Akibat Pembalakan Haram - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Negara Rugi RM15.2 Juta Akibat Pembalakan Haram


KUALA LUMPUR - Negara kerugian kira-kira RM15.2 juta akibat daripada aktiviti pembalakan haram di Semenanjung Malaysia dari tahun 2006 hingga 2016, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri berkata dalam tempoh yang sama, sebanyak 256 kes pembalakan haram direkodkan dan 229 orang ditangkap berhubung kegiatan itu.

"Pembalakan haram adalah sebarang aktiviti yang dilakukan tanpa lesen secara terancang dengan penggunaan jentera berat," katanya menjawab soalan Senator S. Bagiam Ayem Perumal yang ingin tahu jumlah kerugian akibat pembalakan haram hutan di negara ini.

Menjawab soalan tambahan mengenai penggunaan teknologi terkini bagi membendung aktiviti pembalakan haram seperti diamalkan di negara lain, Hamim berkata kementeriannya antara lain telah menggunakan dron, cerapan satelit dan remote sensing.

Program bagi meningkatkan keupayaan memantau kegiatan pembalakan termasuklah Operasi Rangkaian Penguatkuasaan Biodiversiti 1Malaysia (1MBEON), operasi oleh Centralized Enforcement Team, dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Elit Team, katanya. – Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vzFtJT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.