"Kerana Mulut Badan Binasa" Sharnaaz Ahmad Disembur Peminat
Pelakon lelaki filem juvana Sharnaaz Ahmad disembur peminat hanya kerana memberi pandangan melalui laman sosial twitter berkaitan lambakan golongan lelaki menghasilkan video tutorial solekan di laman sosial telah mencetuskan kemarahan pengikutnya di Twitter.
Kenyataan Sharnaaz yang meminta golongan itu menjadi anak 'jantan' selain mencadangkan agar mereka tampil dengan video bermain judi berbanding tutorial solekan mendapat kritikan tidak berpuas hati.
"Aku buka Facebook, Instagram penuh dengan jantan buat tutorial solekan... ni mak ampa, cubalah jadi jantan h***t... paling kurang pun, live main judi ka!," tulisnya.
Ramai diantara pengikut laman sosial Twitternya tidak bersetuju dengan perbandingan judi yang digunakan oleh pelakon itu untuk menegur kelompok tersebut walaupun ia hanya sekadar gurauan.
Walaupun masih ada yang bersetuju dengan kenyataan yang dikemukakan oleh pelakon itu namun ramai yang meminta Sharnaaz untuk berhati-hati dalam menyuarakan pendapat sekaligus menyatakan contoh bermain judi tidak sesuai.
"Setuju... tapi bab judi itu tukarlah kepada tadarus ke berkebun ke atau gembala kambing.
"Judi itu sendiri menunjukkan betapa seorang manusia boleh menjadi sampah! Saya tidak boleh hadam dengan kenyataan anda.
"Benda itu (tutorial solekan) bukan menjatuhkan maruah diri... sepuluh kali lagi baik daripada judi," antara kritikan yang ditulis pengikutnya di Twitter.
Secara keseluruhannya, pengikutnya berpendapat bahawa seorang lelaki yang menghasilkan video tutorial solekan bukan bererti mereka ingin menjadi wanita sebaliknya hanya berkongsi ilmu.
Sumber : mStar
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v4urxt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment