Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerana Sudah Bosan Lapah Daging Manusia, Kanibal Serah Diri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerana Sudah Bosan Lapah Daging Manusia, Kanibal Serah Diri





Seorang lelaki yang disyaki membunuh sebelum memakan mayat mangsa ditangkap selepas dia menyerah diri kepada polis dan membawa cebisan mayat manusia sebagai bukti.

Lelaki itu yang juga seorang bomoh datang ke sebuah balai polis di bandar Estcourt pada Jumaat lalu dan berkata: “Saya sudah penat memakan daging manusia.”

Polis pada mulanya tidak percaya dengan pengakuan lelaki itu menyebabkan suspek menunjukkan beberapa anggota badan manusia yang dibawanya sebagai bukti.

Suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah di mana beberapa mayat dan potongan anggota badan manusia ditemui.

Susulan itu, polis menahan tiga lagi lelaki kerana disyaki terbabit merogol, membunuh, memotong dan memakan mayat mangsa.

Semua suspek ditahan sebelum didakwa di sebuah mahkamah majistret di bandar itu dan tidak dibenarkan diikat jamin.

Seorang pegawai perbandaran, Mthembeni Majola berkata, kemungkinan banyak mangsa yang menjadi korban kumpulan lelaki berkenaan.

“Polis yang menyiasat kes ini menemui lapan telinga di dalam satu periuk di sebuah rumah suspek,” jelasnya.

Jurucakap polis, Charmaine Struwig memberitahu, tiga suspek didakwa atas tuduhan membunuh dan seorang lagi atas dakwaan menyimpan organ manusia. – Agensi

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vngQwv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.