Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lumba Pakaikan Kain Kafan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lumba Pakaikan Kain Kafan


SUMEDANG (INDONESIA): Biasanya acara sukaneka seperti berlari dalam guni dipertandingkan oleh penduduk sempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia semalam.

Bagaimanapun, sebuah kampung di sini menganjurkan pertandingan memakai kain kafan sempena sambutan berkenaan.

Pertandingan yang diberi nama ‘balap taubat’ itu dianjurkan penduduk Kampung Cibuntu, Desa Makerbakti dekat sini.

Dalam pertandingan berkenaan, beberapa kumpulan berlumba memasang kain kafan pada ‘jenazah’ paling cepat dan sempurna.

Pada tahun ini, empat kumpulan terdiri daripada lima peserta bertanding dalam pertandingan itu yang berlangsung pada malam kelmarin.

Walaupun kelihatan pelik, beratus-ratus penduduk kampung hadir untuk menonton dan memberikan sokongan kepada peserta yang terdiri daripada golongan muda.

Seorang penganjur, Aan Ganardi berkata, pertandingan itu diadakan kerana mahu setiap orang Islam tahu bagaimana untuk menguruskan jenazah untuk dikebumikan.

“Setiap kumpulan dinilai bukan sahaja dari segi kepantasan tetapi kekemasan bermula daripada menggunting kain kafan, membuat tali, meletakkan kapas dan membungkus mayat.

“Selepas semua itu selesai peserta juga perlu membuat solat jenazah,” katanya yang dipetik detik.com.-Agensi


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vNCewz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.