Hi! Welcome Back and Stay Tune! Majlis Bersiram Penuh Istiadat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Majlis Bersiram Penuh Istiadat


MAJLIS Bersiram Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan suaminya, Dennis Muhammad Abdullah dilakukan penuh istiadat Diraja Johor di Bukit Bintang, Istana Besar, hari ini.

Pasangan pengantin Diraja itu yang mengenakan Baju Melayu dan Baju Kurung Teluk Belanga biru muda tiba di Istana Besar pada 4 petang sempena Istiadat Perkahwinan Pengantin Diraja.

Tunku Tun Aminah dan suami kemudian bersemayam di peterana Panca Persada setinggi sembilan tingkat yang dibina di puncak Bukit Bintang, Istana Besar.

Majlis Bersiram dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin, disusuli istiadat menepung tawar disempurnakan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Berangkat menyaksikan majlis berkenaan, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar,Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che' Puan Khaleeda Bustamam serta paduka-paduka anakanda yang lain.

Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad kemudian turun dari Panca Persada dan meninggalkan Majlis Bersiram pada 4.45 petang, sebelum majlis bersurai dengan bacaan doa oleh Mufti Johor.

Sumber: Harian Metro


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v0hWOq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.