Mampukah Chong Pertahankan Tsunami Cina Di Sarawak?
Kejayaan Parti Tindakan Demokratik mempengaruhi pengundi cina sejak dua penggal pilihanraya yang lepas memang begitu ketara sehingga tercetusnya fenomena 'Tsunami Pengundi Cina'. Mungkin ketika itu DAP bijak bermain peranan dengan isu semasa sehingga ramai pengundi cina tidak berpihak kepada Barisan Nasional (BN).
Namun Tsunami tersebut semakin reda di Sarawak ketika Pilihanraya Negeri yang lalu, menyaksikan DAP Sarawak mula menerima kekalahan di kubu kuat mereka. Faktor cina memberi kepercayaan kepada Mantan Ketua Menteri Allahyarham Tok Nan turut berperanan mengubah haluan pengundi cina.
Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang akan menjelang tidak lama lagi mungkin akan memperlihat kreadibiliti DAP Sarawak pimpinan Pengerusinya Chong Chieng Jen sebenar. Adakah Chong mampu meraih sokongan padu pengundi cina sebelum ini ?. Atau Chong akan kembali menyaksikan satu demi satu kerusi DAP jatuh kepada Barisan Nasional ?
Kreadibiliti DAP Sarawak terjejas apabila pemimpin DAP mula diselubungi isu rasuah. Ia bukan sekadar membaluti kepada ahli DAP sahaja tetapi pemimpin tertinggi DAP mula didakwa berkaitan rasuah. Slogan Cekap, Akaundibiliti dan Telus tidak lagi releven buat DAP kerana ketika ini DAP antara paling ramai didakwa atas isu rasuah.
Pengundi cina Sarawak mula keliru untuk menyokong DAP dan usaha Chong untuk menambah pengundi semakin terjejas kerana Chong tidak dapat menjawab isu rasuah dalam DAP sendiri dan yang paling utama Chong juga tidak mampu menjawab kemana perginya wang sumbangan penyokong DAP Sarawak selama ini yang tidak pernah didedah kepada umum arah tuju wang sumbangan tersebut. – Abdul Halim Jantan
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wOBo2H
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment