Neymar Makin Hampir Ke PSG
Terdapat khabar angin mengatakan bahawa Neymar kini berada di Doha, Qatar untuk menjalani ujian kesihatan, namun pemain berusia 25 tahun itu melalui laman sosial Instagram mendedahkan bahawa dia akan kembali pulang ke Sepanyol selepas menyertai lawatan komersial ke China.
Bagaimanapun, Al-Khelaifi enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan perpindahan Neymar itu tetapi berharap segala spekulasi tersebut akan dapat ditamatkan dengan segera. “Saya fikir masih terlalu awal untuk saya menjawab mengenai soalan berkaitan perpindahan Neymar. Dia masih seorang pemain Barcelona, kita akan lihat apa yang akan berlaku nanti.
Sementara itu, Al-Khelaifi tidak menolak bahawa kehadiran Neymar ke PSG mampu memberi impak besar kepada pasukan berkenaan dari segi kemampuan pasukan untuk bersaing serta aspek publisiti dan kewangan kelab yang berpangkalan di Parc des Princes tersebut.
“Neymar merupakan pemain bintang dan saya mahu ulangi bahawa dia juga masih pemain Barcelona. Membawa masuk pemain bintang bukan hanya melibatkan persoalan nama dan reputasi tetapi mereka haruslah sesuai dengan gaya permainan kelab ini.
“PSG memang berhasrat untuk mengumpul semua pemain terbaik dunia di sini bagi meningkatkan kemampuan pasukan supaya kelab ini mampu mencapai matlamat yang diinginkan,” jelasnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vr4d7g
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment